Jual aset RM1.6 juta demi bisnes untuk wanita

Bila anda terfikir untuk membuka sesuatu bisnes bersama rakan, pasti anda akan memikirkan mengenai modal yang diperlukan.

Dan apa yang dilakukan Tom Thurlow, dia menjual segala asetnya untuk membuka syarikat permainan seks bersama rakan strategiknya, Ricky.

Thurlow yang berusia 29 tahun menjual rumah di Selatan England bernilai RM1.69 juta, kereta mewah Mercedes dan menukar bon premiumnya dalam bentuk tunai untuk menjual peralatan seks yang boleh dicaj bagi kegunaan wanita.

Antara alatan seks tersebut termasuklah “dildo”, “vibrators”, “love eggs” dan “anal toy”.

Katanya, walaupun pelaburannya itu berat sehingga menyebabkan dirinya hanya tidur di atas tilam di pejabatnya, ia merupakan pengorbanan paling bernilai untuk melancarkan bisnesnya itu bersama Ricky.

Katanya, selepas menjual segala aset dia hanya tinggal di rumah ibu bapanya, namun mengambil keputusan untuk tinggal di pejabat setelah dimarahi orang tuanya.

Thurlow juga terpaksa ikat perut dengan makan mee sahaja supaya pengurusan kewangannya dilihat teliti dan teratur.

“Saya telah mengambil keputusan jika saya ingin berada dalam bisnes ini, saya kena percaya dan mengambil risiko, kehidupan saya sekarang dalam dunia bisnes ini.

“Saya gembira hilang kesemua harta bagi memberi jalan penyelesaian kepada mereka yang fikir untuk onani,” katanya dipetik portal Mirror Online.

Walaupun tindakan Thurlow tidak dipersetujui ibunya, dia tetap menjual kesemua asetnya bagi merealisasikan bisnes peralatan seks yang boleh dicaj untuk wanita.

Thurlow muncul dengan idea ini selepas usaha perniagaannya sebelum ini yang mencipta laman web “dating” untuk pelajar yang diberi nama “ShagAtUni” semakin lama tidak mendapat sambutan.

“Saya seronok dengan kejayaan ShagAtUni tetapi ia mula tidak popular apabila aplikasi itu semakin kurang mendapat sambutan,” ujarnya.

Walaupun pernah gagal, Thurlow tetap tidak berputus asa dan mencuba sesuatu yang baru dengan memperkenalkan permainan seks.

“Saya melihat permainan alatan seks ini lebih diminati ramai, sebab itu ia menjadi pilihan untuk lebih serius dalam hal ini,” katanya.

Walaupun Thurlow menyatakan ia idea yang baik, namun mungkin ia berbeza pandangan dengan orang lain termasuk ibunya yang sering mengkritik bisnes tersebut serta menganggap ia projek yang jahat.

Untuk bisnes ini, Thurlow berkata dia telah membuat kajian sejak tiga tahun lalu tentang industri permainan seks dan pergi ke China untuk belajar dengan lebih mendalam tentang produk itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]