Kawal kehamilan, berapa kos perlu ditanggung?

Kedudukan ekonomi yang semakin tidak menentu ketika ini menjadi faktor utama untuk setiap keluarga melakukan perancangan yang bersesuaian.

Ia termasuklah dalam merancang kehamilan dan ia satu perkara yang dibenarkan di Malaysia.

Ini kerana setiap anak yang dilahirkan memerlukan kos yang agak tinggi untuk membesarkannya dalam memastikan kanak-kanak itu mendapat kehidupan yang sempurna termasuklah dari aspek pendidikan.

Sehubungan itu beberapa kaedah diperkenalkan untuk dipilih setiap keluarga dalam merancang kehamilannya.

1. Perancangan mengawal kehamilan

Bagi wanita, anda sendiri tahu bila waktu anda subur iaitu waktu selepas anda datang haid pada setiap bulan.

Maka pada waktu tersebut anda perlu lebih berhati-hati dengan pasangan supaya kehamilan boleh dielakkan.

Lelaki juga perlu memainkan peranan dengan menggunakan kaedah pancut luar supaya pasangan anda tidak hamil.

Keberkesanan : 100%

Teori menggunakan kaedah ini sangat bagus, tetapi tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Jika anda memang seorang yang aktif dengan seks, anda perlu tahu cara mengawalnya.

2. Kondom

Ia merupakan alat yang disarungkan kepada penis lelaki agar sperma tidak masuk ke dalam ovari wanita.

Kebanyakan kondom ini diperbuat daripada latex, dan jika anda alergi dengan latex, anda boleh menggunakan kondom yang diperbuat daripada kulit kambing.

Kini mempunyai pelbagai perasa, strawberi, vanila, segar dan yang terbaru rendang!

Keberkesanan : 85%

Kos : Sekitar RM6 untuk tiga pek, atau RM20 yang mengandungi 12 pek. Ada juga yang disumbangkan daripada klinik kesihatan.

3. Pil perancang kehamilan

Klinik kesihatan turut memberi pil perancang kesihatan kepada golongan wanita untuk mengambilnya sebiji setiap hari pada waktu yang sama bagi mengelakkan kehamilan.

Dalam satu pek mengandungi pil yang perlu dimakan setiap 21 hari tanpa gagal dengan tempoh masa yang sama.

Kemudian anda direhatkan selama tujuh hari untuk tidak mengambil pil tersebut ketika datang haid.

Keberkesanan : 91 %

Kos : farmasi : RM10 sehingga RM55 setiap pek

Klinik : percuma atau RM1

4. Intrauterine Device (IUD)

Kaedah IUD ini berbentuk T sebesar duit syiling 5 sen yang dimasukkan dalam uterus.

Dengan cara ini ia akan mengelakkan sperma bercantum dengan telur dan ia mampu bertahan sama ada tiga atau 10 tahun.

Keberkesanan : 99%

IUD Hormon : RM80-RM110

IUD tembaga : RM600 bergantung pada klinik swasta

Hospital kerajaan :RM1 atau percuma.

5. Rod hormon implan

Rod Hormon implan merupakan satu lagi kaedah yang boleh digunakan dengan menanamnya di bahagian lengan.

Kaedah ini menelan kos yang agak tinggi namun keberkesanannya terbukti berjaya mencegah kehamilan dan menjadi popular di kalangan wanita berkerjaya.

Keberkesanan : 99%

Kos : Pemasangan RM500, keluarkannya RM100

6. Vasektomi

Ia merupakan kaedah yang digunakan untuk lelaki, perlu membuat pembedahan kecil bagi menghalang sperma daripada keluar.

Keberkesanan : 99%

Kos : RM300-RM500 dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

RM2,000 – RM6,000 di klinik atau hospital swasta.

7. Ikat saluran tiub fallopio

Ini merupakan kaedah yang digunakan untuk golongan wanita dengan mengikat saluran tiub fallopio.

Keberkesanan : 99%

Kos : Sebaiknya apabila anda melahirkan anak, boleh meminta pihak hospital mengikat untuk tidak lagi hamil selepas itu dan kosnya juga lebih murah kerana bersekali dengan kelahiran secara pembedahan.

Artikel ini diterbitkan di www.ringgitohringgit.com

Suraya adalah seorang penulis korporat dan blogger di laman web kewangan peribadi Ringgit Oh Ringgit.

Sila ambil perhatian bahawa artikel ini (termasuk imej) hanya untuk tujuan maklumat sahaja. Ia bagi memberi pemahaman yang lebih luas mengenai pelbagai topik kesihatan, dan bukannya sebagai pengganti nasihat perubatan profesional. Sila berjumpa doktor jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]