KWSP tutup pejabat terkenal di Jalan Gasing

PETALING JAYA: Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing yang terkenal telah ditutup, dan kaunter perkhidmatan akan menyambung operasi di lokasi baru menjelang hujung tahun ini.

KWSP dalam notis hari ini meminta pencarum yang ingin membuat transaksi supaya mengunjungi pejabatnya di Kuala Lumpur, Sri Petaling, Puchong atau Shah Alam.

Maklumat lanjut mengenai pembukaan pejabat baru KWSP di Petaling Jaya akan dikemaskini di laman web rasmi dan saluran media sosialnya.

Bangunan berusia 59 tahun itu yang bersebelahan Lebuh Raya Persekutuan itu terbakar pada Februari tahun lepas, menyebabkan kerugian yang dianggarkan RM1.85 juta.

KWSP memberi jaminan integriti maklumat dan simpanan pencarum tidak terjejas dalam kebakaran itu.