Malaysia haram Hustlers, terlalu banyak adegan lucah

Lembaga Penapisan Filem (LPF) berkata filem Hustlers mengandungi terlalu banyak adegan lucah.

KUALA LUMPUR: Malaysia mengharamkan filem “Hustlers”, lakonan Jennifer Lopez, atas alasan terlalu banyak adegan “lucah” yang tidak sesuai untuk penonton negara ini.

Filem yang mengetengahkan ramai bintang terkenal, turut dikenali sebagai “Wolf of Wall Street” wanita – mengisahkan penampilan penari-penari bogel New York menggoda ahli-ahli perniagaan kaya semasa krisis kewangan.

Kisah kehidupan sebenar menggambarkan bagaimana sekumpulan wanita menggunakan taktik jenayah yang semakin kritikal, seperti menjadikan lelaki mabuk sebelum mengosongkan akaun bank mereka, kerana kegawatan pasaran saham.

Bagaimanapun Lembaga Penapisan Filem (LPF) berkata ia perlu membuat banyak pemotongan ke atas adegan-adegan rambang sehingga tiada apa yang tertinggal.

“Filem ini mengandungi terlalu banyak adegan dengan kandungan lucah dan tidak sesuai untuk tontonan awam,” kata pengerusi LPF Mohamad Zamberi Abdul Aziz kepada AFP.

“Kita boleh melihat bahagian-bahagian payudara wanita dan bahagian sulit lelaki. Terdapat juga tarian erotik yang terlalu banyak, dan adegan (penggunaan dadah).”

Picture Box Square, pengedar filem di Malaysia, yang mengesahkan larangan itu menerusi Instagram berkata: “Kami memohon maaf atas kesulitan dialami pengikut kami, peminat filem, media dan rakan kongsi kami.”

Filem itu dilaporkan ia sepatutnya mula ditayang semalam.

Filem lain yang pernah diharamkan di Malaysia termasuklah “The Shawshank Redemption” dan filem kanak-kanak “Adventure Barney’s Great”.

Awal tahun ini LPF telah memotong adegan seks gay dari “Rocketman”, filem muzik yang bersandarkan kehidupan penyanyi British, Elton John, mencetuskan kemarahan dari pengkritik seni.