Suka makan pedas, ini cara untuk legakan kepedasan

Makanan pedas dan rakyat sememangnya sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian.

Masaklah atau hidangkanlah apa jua makanan pasti sebagai rakyat Malaysia akan meminta “cili potong” sebagai tambahan.

Ini kerana makanan pedas boleh menambahkan lagi kepuasan dan melengkapkan sajian harian yang dimakan oleh seorang rakyat Malaysia.

Tapi yang penting setiap kali makan makanan pedas ia perlulah diikuti dengan minuman bersesuaian dan jangan sebarangan air yang diminum.

1. Jangan minum air biasa tapi minum air berasaskan susu

Minum air suam atau manis boleh menyebabkan rasa pedas tersebar ke seluruh kawasan di dalam mulut.

Sebaiknya, minum air yang berasaskan susu sama ada yogurt, susu segar, susu penuh krim dan macam-macam lagi jenis susu.

2. Jangan minum air bergas

Sama macam minum air biasa, kalau minum air bergas lagi membuak-buak rasa pedas dalam mulut anda.

3. Ambil makanan berkarbohidrat

Makanan berkarbohidrat juga boleh melegakan rasa pedas di dalam mulut antaranya nasi, kentang atau pun roti.

4. Jangan sesekali makan pedas ketika perut kosong

Makan makanan pedas masa perut kosong boleh menyebabkan kesan reaksi berasid di dalam perut dan mungkin juga akan mengakibatkan perut berasa pedih.

Ia sekaligus akan terus menghilang rasa kepuasan makanan pedas itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]