Ketahui rahsia kejayaan jutawan boleh dicontohi

Setiap kejayaan yang dikecapi mempunyai pelan dan strategi tersendiri.

Pastinya ia bukan mudah namun tidak mustahil untuk dicapai.

Seperti beberapa pemilik syarikat gergasi dunia, ia mempunyai rahsia tersendiri yang boleh kita contohi :

1. Mark Zuckerberg – Pemilik Facebook

Bangun seawal 8 pagi untuk memulakan harinya. Selain itu, dia seorang yang tidak gemar membazir waktu untuk memilih pakaian baik untuk pergi kerja atau ketika bersiar-siar. Pakaiannya setiap hari adalah t-shirt kelabu yang sama.

2. Mendiang Steve Jobs – Pemilik Apple Inc

Menurut Economy Trivia, dia seorang yang selalu bangun seawal 6 pagi. Antara rutin hariannya adalah selalu merenung diri ke cermin dan mempersoalkan tujuan hidupnya pada hari ini.

Kejayaan produk telekomunikasi Apple adalah disebabkan matlamat yang Steve Jobs amalkan agar dia berjaya menghubungkan semua orang menggunakan produk jenamanya. Antara salah satu kejayaannya pembantu alam maya yang dikenali sebagai “Siri”.

3. Jack Dorsey – CEO Twitter

Seawal pukul 5.30 pagi dia sudah bangun untuk bermeditasi serta berjoging sejauh 6km untuk menyihatkan badan. Dia selalu berpesan kepada kakitangan untuk sentiasa bersedia untuk apa jua keadaan yang tidak disangkakan berlaku.

4. Bill Gates – Microsoft

Pukul 7 pagi, dermawan serta pemilik Microsoft akan mula bangun. Dia gemar untuk mengaktifkan badan serta otaknya dengan berlari di atas threadmill sambil menonton video berinformasi serta ada unsur pendidikan.

5. Richard Branson-Pengasas Virgin Group

Terkenal dengan syarikat penerbangan Virgin Airways, Richard sentiasa memastikan dia sudah celik mata seawal 5 pagi. Ia tidak terhenti di situ, antara sukan kegemarannya yang dilakukan untuk menyihatkan badan adalah berenang serta bermain tenis.

Sumber: maskulin.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]