Telur salah satu makanan boleh bantu turunkan berat badan
Telur kaya dengan pelbagai nutrisi dan mempunyai banyak khasiat yang diperlukan setiap badan manusia.
Baik putih mahupun kuning telur kaya dengan nutrisi, protein, vitamin, dan mineral.
Malah kuning telur mengandungi kolesterol, vitamin larut lemak, dan lemak esensial.
Selain telur menjadi bahan penting dan serbaguna untuk memasak, ia juga memiliki bahan kimia khusus yang alami sebagai perekat.
Tidak dinafikan telur adalah sumber protein yang sangat murah dan berkualiti tinggi manakala lebih daripada setengah protein telur dan vitamin B2 ditemui pada putih telur.
Manakala jumlah lemak yang lebih rendah datangnya daripada kuning telur.
Telur kaya sumber selenium, vitamin D, B6, B12 dan mineral seperti besi dan tembaga.
Kuning telur mengandung lebih banyak kalori dan lemak daripada putih telur.
Telur digunakan sebagai sumber vitamin larut lemak A, D, E, dan K serta lecithin.
Telur dianggap sebagai sumber protein lengkap kerana mengandungi semua sembilan asid amino esensial.
Satu telur rebus mengandung 84 kalori, 8,3 gram protein, 5,7 gram lemak, dan 1,6 gram lemak saturasi.
Majalah Pediatrik turut menyarankan agar setiap kanak-kanak diberikan sebiji telur setiap hari selama enam bulan.
Ini kerana khasiat telur ini dapat membantu mereka mencapai ketinggian yang bersesuaian dan pembesaran yang sihat.
Selain itu, telur kaya nutrisi seperti betaine dan kolin yang meningkatkan kesihatan jantung.
Berdasarkan kajian terbaru terhadap hampir setengah juta orang di Cina menunjukkan dengan makan satu biji telur sehari dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan strok.
Telur yang dimakan ketika sarapan juga dapat membantu menurunkan berat badan.
Ini kerana kandungan protein yang tinggi membantu anda untuk merasa lebih kenyang lebih lama.
Telur puyuh
Telur puyuh memiliki rasa yang sama dengan telur ayam, tetapi ukurannya lebih kecil.
Biasanya lima telur puyuh sama dengan satu telur ayam besar. Telur puyuh kebiasaanya direbus dan dijadikan sambal atau dimakan begitu sahaja.
Telur itik
Telur itik terlihat seperti telur ayam tetapi lebih besar. Telur itik memiliki lebih banyak protein dan lebih kaya daripada telur ayam. Namun, telur itik memiliki kandungan lemak yang lebih tinggi. Ketika direbus, kulitnya berwarna putih berubah kebiruan dan kuning telurnya berubah menjadi merah jingga.
Memilih dan menyimpan telur
Pilih telur dari ayam kampung atau yang dibesarkan secara organik.
Telur harus selalu diperiksa terlebih dahulu sebelum dibeli, ini bagi memastikan telur tersebut tidak retak atau ada sebarang cairan.
Telur paling baik disimpan di dalam peti ais agar dapat bertahan hingga satu bulan.
Telur dengan kandungan asid lemak omega-3 yang lebih tinggi paling baik dimakan dengan kadar segera.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]