Lelaki OKU disyaki terlibat pengedaran dadah ditahan
Suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah, kata polis.
Ketua Polis Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, suspek berusia 45 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu ditahan ketika sedang memandu di Taman Nusari Bayu pada Rabu lepas.
“Bertindak atas maklumat, pada 18 September lalu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Seremban menahan sebuah kereta dinaiki suspek.
“Pemeriksaan lanjut menemui dua ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja dianggarkan seberat 955 gram yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Said berkata nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan keatas suspek didapati positif dadah jenis ganja.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Katanya, suspek ditahan reman bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah mulai Khamis hingga Rabu ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.