Insomnia? Rendam kaki dalam air bercampur garam

Garam merupakan bahan lazim yang digunakan untuk bahan masakan.

Namun dari sudut kesihatan, ia turut memberi manfaat kepada tubuh badan dan amalan ini popular dalam kalangan orang Cina.

Mereka merendam kaki dalam air panas yang dicampur dengan garam bagi bertujuan unttuk melancarkan peredaran darah dan dapat mencegah daripada menghidapi demam.

Malah cara ini juga disarankan oleh pakar perubatan Cina.

Terdapat manfaat lain yang juga boleh anda ketahui tentang amalan ini :

1. Mencegah insomnia

Jika anda menghidap imsomnia dan menginginkan tidur yang nyenyak, cubalah untuk merendam kaki dengan air garam.

Ini kerana rendaman tersebut dapat membuatkan aliran darah pada kaki anda lancar dan terbuka.

Dengan itu, ia dapat membantu otot-otot anda berehat dan menghilangkan ketegangan.

2. Tumit pecah dan kasar akan menjadi halus

Pasti anda berasa malu apabila orang melihat kulit pada bahagian tumit anda pecah dan kasar.

Melakukan kerja-kerja di dapur dengan kerap sememangnya akan menyebabkan tumit anda pecah apatah lagi lantai yang dipijak berada dalam keadaan basah atau lembap.

Untuk mengatasi masalah itu, rendamkan kaki di dalam air panas dan garam bertujuan menanggalkan sel mati yang menyebabkan tumit anda pecah.

3. Menghilangkan bau kaki

Pastinya anda pernah mengalami pengalaman kaki berbau sejurus sahaja anda membuka kasut.

Dengan keadaan kaki yang lembap akibat memakai kasut sepanjang hari, ia menyebabkan pembiakan bakteria berlaku.

Keadaan ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa apatah lagi ketika berada di tempat-tempat awam.

Apabila mengalami masalah ini, cubalah rendamkan kaki ke dalam campuran air panas dan garam.

Ini kerana ia dapat menghilangkan bakteria yang ada pada kaki anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]