Hakim Thai tembak diri ketika prosiding berlangsung, dipercayai tekanan

YALA: Seorang hakim yang sedang mengendalikan satu kes perbicaraan cuba membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari (1.30 waktu Malaysia), hakim Mahkamah Yala itu menggunakan pistol peribadi menembak bahagian dada ketika prosiding kes melibatkan lima anggota kumpulan bersenjata.

Ketua Polis Daerah Muang Yala Kol Pol Narawi Waearong mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Yala dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

“Punca kejadian masih dalam siasatan sama ada berpunca masalah peribadi atau tekanan perbicaraan kes,” katanya.