Pernah gagal dalam bercinta? Jom rasai pengalaman menarik di pameran ‘Break Up’

Tidak pernah berlaku dan agak pelik apabila sebuah univerisiti menganjurkan pameran “gagal dalam bercinta” sebagai tarikan baru buat pengunjung.

Hasil kerjasama dengan Jabatan Psikologi pameran itu memaparkan lebih 60 “artifak” surat yang menceritakan kisah benar mereka yang gagal dalam percintaan, kematian haiwan peliharaan malah ada yang menceritakan saat kehilangan ahli keluarga termasuk ibu bapa.

Kesemua surat itu diletakkan di sekeliling dinding dewan pameran bagi membolehkan pengunjung membaca satu persatu isi kandungan surat tersebut.

Selain surat terdapat juga artifak yang melibatkan barang seperti gitar, tin minuman arak, tiket wayang, baju dan difahamkan mereka yang hantar kepada penganjur ini selepas menyimpannya sebagai kenangan ketika bercinta dulu.

Menurut Pensyarah Psikologi Universiti Sunway, Meng Zhen Lim, kesedihan melampau boleh menyerang emosi sesiapa sahaja dan dikira “pembunuh” dalam senyap kerana mereka mampu melakukan apa sahaja sekiranya gagal dalam percintaan.

“Anda pergi ke sekolah rendah selama enam tahun, sekolah menengah selama lima tahun dan universiti selama empat tahun, tidak ada satu pelajaran pun yang anda pelajari tentang emosi.

“Jadi tujuan kita adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang hubungan ini yang disifatkan sebagai isu besar dan tidak patut untuk mereka malu jika gagal dalam bercinta. Ini adalah satu perkara yang perlu anda belajar, jadi melalui pameran ini sedikit sebanyak boleh menentukan hubungan anda nanti menjadi lebih baik,” katanya.

“Break Up Exhibition” ini adalah pameran untuk mereka berkongsi pengalaman kehilangan seseorang yang amat disayangi dan ia melibatkan emosi sama ada secara fizikal atau natural.

Pameran ini mengambil masa selama enam bulan untuk direalisasikan bagi mengumpul sumbangan daripada orang ramai dan setiap “artifak” itu dipamerkan tanpa menyatakan nama atau mana-mana pihak tertentu.

Bagi anda yang berminat boleh mengunjunginya di Universiti Sunway dan pameran ini akan berakhir 4.30 petang ini.

Break Up Exhibition 2.0
Art Gallery, tingkat 1,
Universiti Sunway,
Bandar Sunway
47500 Selangor

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]