Ahli Parlimen Sarawak Alice Lau dilantik pengerusi NIOSH

Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng ialah ahli farmasi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:  Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) melantik Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng sebagai pengerusi baru lembaga pengarahnya.

NIOSH dalam kenyataan hari ini berkata, Lau menggantikan Lee Lam Thye yang tamat kontrak pada 20 Sept lalu, selepas berkhidmat selama 25 tahun, sejak penubuhan institut itu pada 1994.

Katanya, Lau yang juga wakil rakyat DAP selama dua penggal, ialah ahli farmasi dengan kelulusan Sarjana Farmasi dari Universiti Strathclyde di Glasgow.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melantik Lau mulai 1 Okt hingga 20 Sept 2022.