Hati-hati… Jangan salah bergurau nanti dianggap gangguan seksual

Semua orang memang suka bergurau namun harus ingat setiap gurauan ada batasannya.

Namun jika kedua-dua pihak faham ia hanyalah sekadar gurauan tiada sebarang masalah akan timbul tetapi jika sebaliknya maka sesuatu tindakan perlu diambil.

Apa yang anda faham mengenai “sexual harassment” atau gangguan seksual yang berlaku di pejabat?

Zaman sekarang ini, bukan perempuan sahaja yang kena faham mengenai gangguan seksual malah lelaki juga ada yang menjadi mangsa gangguan seksual di pejabat.

Gangguan seksual ialah sejenis diskriminasi yang dilakukan oleh pemangsa kepada mangsa melibatkan tutur kata ataupun perbuatan yang berunsurkan seks.

Contoh gangguan seksual di pejabat

Tidak kisah sama ada pemangsa tersebut merupakan majikan, pengurus, ketua cawangan atau rakan sekerja.

Kalau pemangsa tersebut mengganggu mangsa untuk menjalankan tugas sebagai pekerja, membuatkan mangsa rasa susah untuk bekerja atau menghalang perjalanan kerja mangsa, itu dikira gangguan seksual.

Ini antara contoh gangguan seksual yang boleh berlaku di pejabat.

Berkongsi gambar atau video yang tidak senonoh dan ada unsur seks atau lucah kepada rakan sekerja.

Gambar bps.org.uk.

Menghantar surat, e-mel atau nota berunsur seks atau lucah kepada rakan sekerja.

Gambar psmag.com.

Gurauan melampau yang menggunakan bahasa lucah kepada rakan sekerja.

Gambar meetmags.com.

Merenung rakan sekerja secara seksual.

Gambar castleassociates.org.uk.

Melakukan perbuatan yang tidak senonoh kepada rakan sekerja sama ada memegang, menggosok, meraba atau memicit tubuh mangsa.

Gambar missionbox.com.

Banyak lagi sebenarnya contoh gangguan seksual yang boleh berlaku di pejabat.

Senang cerita, kalau mangsa berasa tidak selamat, tidak selesa atau terancam dengan apa-apa tindakan berunsur seks atau lucah yang dilakukan oleh pemangsa, dikira gangguan seksual.

Cara untuk elak jadi mangsa gangguan seksual di pejabat

Selain daripada membuat aduan rasmi kepada pihak atasan selepas mempunyai bukti yang kukuh, ini antara cara-cara lain yang boleh kita guna untuk elak diri jadi mangsa gangguan seksual di pejabat.

Berani untuk cakap tidak. Kalau rakan sekerja membuat sesuatu perkara atau perbuatan yang melampaui batas, bagi tahu kepada rakan sekerja tersebut yang perkara ni tak betul dan tidak senonoh.

Simpan semua bukti gangguan seksual yang berlaku untuk digunakan dalam aduan kepada pihak atasan.

Beritahu dan kongsikan kepada rakan sekerja lain yang rapat dengan kita mengenai gangguan seksual yang berlaku.

Bincang dengan rakan sekerja tersebut tindakan seterusnya yang boleh dilakukan.

Kalau pihak atasan masih tak ambil peduli dengan aduan yang dibuat, buat laporan polis bersama bukti yang disimpan.

Sumber: thelaki.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]