Lelaki perlu lebih agresif apabila usia cecah 30

Ramai yang menyatakan wanita lebih matang daripada lelaki dalam banyak perkara.

Namun apabila lelaki menjangkau sehaja umur 30, banyak perkara yang mereka perlu lakukan untuk masa depan keluarganya, terutama demi anak-anak.

Jika tidak, mereka akan menghadapi kesukaran yang berpanjangan dalam kehidupan dan masa hadapan mereka akan menjadi “gelap”.

Antara yang mereka perlu lakukan:

1. Simpan duit

Simpanlah duit walaupun sedikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini, karier anda sepatutnya sudah stabil.

Jadi jangan bazirkan gaji anda dengan membelanjakan pada perkara yang tidak berfaedah.

Bagi yang masih lagi belum berkahwin, anda perlu simpan wang sebanyaknya untuk masa hadapan, dan bagi mereka yang sudah berkahwin, adalah menjadi amanah anda untuk mencari wang bagi menyara keluarga anda.

2. Perbaiki hubungan dengan keluarga

Sudah sampai masanya untuk anda meletakkan prioriti pada keluarga dan bukannya rakan-rakan. Ini kerana umur 30 menjadikan anda melangkah satu lagi fasa yang lebih serius dalam kehidupan.

Jika waktu ini anda masih leka dan lalai, anda sukar untuk menemui jalan keluar untuk mencari fokus dalam kehidupan anda sendiri.

3. Jangan tangguhkan impian

Jika anda ingin mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya, lakukannya sekarang kerana usia anda bukan lagi muda.

Semua perkara ini anda perlu lakukan dalam keadaan sihat dan bertenaga, jika anda berumur 50 tahun baru ingin sambung belajar, lebih baik anda lupakan sahaja.

4. Berhenti makan makanan yang tidak sihat untuk badan

Anda boleh mengumpul kekayaan anda sehingga 40 ke 50 tahun, tetapi kesihatan anda perlu dijaga.

Elak makan makanan yang tidak berkhasiat kerana imunisasi badan anda semakin menurun dan anda akan lambat pulih jika dihidapi sebarang penyakit.

Sebelum terkena, lebih baik mencegah terlebih dulu.

5. Bersukan

Mulakan gaya hidup yang sihat.

Jadikan aktiviti bersukan sebagai salah satu hobi untuk anda mengeluarkan peluh dan sertai mana-mana aktiviti yang anda gemar seperti berbasikal, zumba, berenang ataupun hanyalah sekadar joging.

Anda sangat tidak disarankan menambah berat badan ketika ini kerana anda akan sukar untuk kembali kurus.

Ini kerana pada usia ini metabolisme anda sudah semakin rendah, jadi kesungguhan untuk kurus memerlukan usaha yang sangat tinggi.

Jika tidak kuat, matlamat untuk kurus mudah gagal.

6. Berhenti merokok

Bukan sahaja membazirkan wang dan menjadi penyebab masalah kesihatan, merokok juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan serta boleh mengganggu kesihatan orang sekeling yang menyedut asap rokok anda.

Jadi cuba tekadkan diri untuk anda belajar mengurangkan tabiat merokok agar lama-kelamaan anda dapat berhenti terus.Jika tidak ambil berat, makin memberi risiko untuk kesihatan anda di kemudian hari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]