10,000 pekerja HSBC bakal hilang pekerjaan

Pengurangan kerja, tambahan kepada 4,700 pertindihan diumumkan sebelum ini kemungkinan akan diumumkan semasa HSBC membentangkan laporan kewangan suku ketiga penghujung bulan ini.

NEW YORK: HSBC Holdings merancang mahu mengurangkan kos operasi dengan membuang 10,000 pekerja, demikian menurut laporan Financial Times.

HSBC, salah satu daripada beberapa peminjam Eropah yang peranannya makin mengecil, mempersoalkan mengapa ia mempunyai begitu ramai pekerja di Eropah apabila merekodkan pulangan dua angka di beberapa bahagian Asia, menurut sumber itu.

Pengurangan kerja, tambahan kepada 4,700 pertindihan diumumkan sebelum ini kemungkinan akan diumumkan semasa HSBC membentangkan laporan kewangan suku ketiga penghujung bulan ini.

Bagaimanapun, jurucakap HSBC enggan memberi komen berhubung perkara tersebut.

Pengurangan awal diumumkan Ogos lalu, pada hari sama ketua pegawai eksekutifnya (CEO), John Flint hanya mengetuai bank tersebut selama 18 bulan, berundur.

Laporan interim menyatakan seramai 238,000 pekerja masih berkhidmat sehingga Jun lalu.

Dalam tempoh singkat sebagai CEO, HSBC berdepan dengan penurunan harga saham, kes seksual berprofil tinggi dan kegagalan mencapai kos sasaran.

Ketika Flint masih menerajui bank tersebut April lalu, HSBC mula meneliti kos operasi mereka sehingga menjangkakan pembuangan pekerja membabitkan ratusan pekerja di bahagian pelaburan.

Pada bulan lalu, HSBC berkata mereka mahu meneruskan rancangan mengambil lebih 600 pekerja untuk mengembangkan bisnes di Asia menjelang penghujung 2022 di mana separuh daripada jumlah tersebut diambil tahun ini.