Disangka ubat rupanya kulat pembawa maut

Salah satu kulat paling beracun di dunia dijumpai di utara Australia iaitu beribu kilometer dari tempat asalnya di kawasan pergunungan di Jepun dan Korea.

Perkara itu ditemui sekumpulan saintis dimana media melaporkan kulat tersebut dikenali sebagai “Poison Fire Coral”, ditemui di pinggir Cairns oleh jurugambar tempatan, Ray Palmer sebelum disahkan oleh saintis terbabit.

Menurut Ray, dia menghabiskan masa sejak sedekad lalu untuk mengambil pelbagai gambar kulat di hutan hujan sekitar kediamannya di Cairns.

“Saya tidak terkejut dengan penemuan itu kerana saya banyak jumpa benda baru sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini, beberapa orang dilaporkan mati di Jepun dan Korea apabila menyangkakan kulat berwarna merah terang itu boleh dimakan dan dijadikan sebagai ubat tradisional sebelum direbus untuk dijadikan teh.

Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kegagalan pelbagai organ dan kerosakan otak yang boleh membawa maut.

Sumber: AFP

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]