Jangan ketepikan taugeh banyak khasiatnya

Taugeh merupakan antara sayur yang tidak digemari ramai.

Malah ada yang bertindak setiap kali membuat pesanan dengan mengingatkan untuk tidak meletakkan sayur tersebut di dalam makanan yang dipesan.

Jika taugeh itu memang sedia ada dalam makanan tersebut, dengan gigihnya mereka memilih satu persatu untuk mengenepikan sayur tersebut daripada pinggan mereka.

Tahukah anda, taugeh itu terlalu banyak khasiatnya yang membuatkan anda akan rasa menyesal tidak memakannya.

Antaranya :

1. Dua kali ganda protein berbanding daging lembu atau ayam

Taugeh yang berasal dari biji kekacang ini sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam.

Apa perlunya protein ini? Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

2. Mempunyai 100 kali ganda enzim berbanding sayuran lain

Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Enzim ini penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan.

Jadi, siapa yang ada masalah penghadaman dan perut kembung eloklah makan taugeh dan janganlah buang dari pinggan itu.

3. Membantu mengawal berat badan

Seperti kebanyakan sayuran lain, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Secara tak langsung, ia dapat membantu anda mengawal berat badan.

4. Kaya antioksidan

Jangan ingat buah-buahan mahal macam strawberry sahaja yang kaya antioksidan kerana taugeh sebenarnya cukup kaya antioksidan dan asid amino yang mampu memberikan pelbagai kebaikan seperti melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak.

Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk kita amalkan.

5. Sumber Omega-3

Jangan ingat asid lemak omega-3 hanya ada dalam makanan laut atau telur sahaja.

Ternyata, taugeh juga merupakan sumber asid lemak omega-3 yang baik dan murah.

6. Membantu mengurangkan stres

Menurut kajian, komponen flavonoid yang terdapat dalam taugeh dikatakan berpotensi dalam membantu mengurangkan simptom stres serta kemurungan yang makin banyak dialami oleh masyarakat kini.

Flavonoid ini merangsang hormon melatonin yang mengawal mood dan meregulasikan kitaran tidur manusia agar lebih teratur.

7.Menyokong sistem pertahanan badan

Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, B, C, K dan E serta mineral seperti zat besi.

Vitamin dan zat mineral ini vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan kita terutamanya dalam menyokong sistem pertahanan badan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]