Menteri: Subsidi petrol mula 1 Jan 2020

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kira-kira 2.9 juta dijangka menerima manfaat daripada program subsidi petrol pada majlis pelancaran program itu di sini hari ini.

PUTRAJAYA: Program Subsidi Petrol akan mula dilaksanakan pada 1 Jan 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail.

Melalui program itu, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali, katanya.

Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal, katanya pada sidang media mengenai Program Subsidi Petrol di sini, hari ini.

Dijangka seramai 2.9 juta bakal menerima manfaat daripada program subsidi tersebut, katanya.