Parti Islam dahului pilihan raya Tunisia, kata tinjauan umum

Rached Ghannouchi, ketua parti Islam Ennahda menunjukkan jari berdakwat selepas mengundi dalam pilihan raya parlimen bersama ahli keluarganya di Tunis, Tunisia pada 6 Okt. (Gambar Reuters)

TUNIS: Parti Islam Tunisia yang moderat, Ennahda mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya parlimen semalam, menurut tinjauan kendalian Sigma Conseil disiarkan menerusi televisyen kerajaan.

Tinjauan umum menunjukkan Ennahda memperoleh 17.5% undi manakala saingan utamanya, Heart of Tunisia, dipimpin tokoh media, Nabil Karoui mendapat 15.6% undi.

Parlimen Tunisia mempunyai 217 kerusi.