Pegawai risikan ke-2 tampil dedah salah laku Donald Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (Gambar Reuters)

WASHINGTON: Pemberi maklumat kedua tampil mendedahkan percubaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa rakan sejawatannya dari Ukraine untuk menyiasat saingan politik beliau menjelang pemilihan tahun depan.

Peguam Mark Zaid berkata individu itu, juga seorang pegawai risikan, mempunyai pengetahuan langsung tentang beberapa tuduhan yang melibatkan aduan pemberi maklumat awal, yang membawa kepada prosiding pemecatan terhadap Trump.

Pegawai kedua itu telah ditemui oleh inspektor general risikan, Michael Atkinson, kata Zaid.

Aduan pemberi maklumat pertama, difailkan di pejabat inspektor jeneral pada 12 Ogos, menyebut maklumat diterima daripada setengah dozen pegawai AS menyatakan kebimbangan Trump menggunakan kuasa pejabatnya untuk mendapatkan campur tangan negara asing kerana beliau mahu bertanding semula penggal kedua pada 2020.

Ia juga mendakwa Trump memanfaatkan AS$400 juta (RM1.6 bilion) dalam bentuk bantuan sebagai jaminan janji Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy untuk menyiasat saingan Demokratik, bekas Naib Presiden Joe Biden, dan anaknya, Hunter Biden, yang berkhidmat sebagai pengarah sebuah syarikat tenaga Ukraine.

“Saya dapat mengesahkan firma dan pasukan saya mewakili pelbagai pemberi maklumat berkaitan aduan yang dibuat 12 Ogos 2019, pendedahan kepada ketua polis perisikan,” kata Andrew Bakaj, peguam kedua menerusi di Twitter.