Shawn Mendes dituduh sombong tolak ‘selfie’ bersama peminat di KLCC

Apa reaksi spontan anda sebaik terlihat artis popular lintas di depan anda?

Sudah pasti dengan pantas anda akan mengeluarkan telefon pintar dan mahu bergambar bersamanya.

Namun apa yang berlaku di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu negara baru-baru ini ternyata memeranjatkan banyak pihak.

Penyanyi popular dari Kanada yang sedang top dengan lagu Senorita, Shawn Mendes dilihat berjalan seorang seperti sedang “window shopping” di KLCC tanpa diiringi pengawal peribadi.

Netizen yang merakamkan aksinya menggunakan nama @imaniabdullah telah merakam aksinya ketika berada di dalam sebuah butik sukan, Adidas dan kemudian menuruni eskalator.

Dan ketika menuruni escalator, Mendes dilihat khusyuk bermain telefonnya dan secara tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya untuk “selfie”.

Bagaimanapun aksi lelaki itu yang tidak meminta kebenaran membuatkan Mendes terus beredar tanpa membenarkan dirinya diambil gambar.

Bagi sesetengah netizen, tindakan Mendes itu dianggap sombong dan tidak sepatutnya melayan peminat seperti itu.

Namun ada juga berpendapat mungkin Mendes tidak mahu diganggu dan enggan menarik perhatian orang lain.

Untuk pengetahuan anda Shawn Mendes berada di Malaysia sebagai salah satu destinasi dalam konsert jelajahnya di Asia Sabtu lalu di Arena Axiata.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]