80 terima dana 1MDB RM420 juta diberi notis kompaun SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis kompaun ke atas 80 individu dan syarikat dipercayai menerima berjuta-juta ringgit daripada dana pelaburan kerajaan 1MDB.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata notis kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Kami berharap untuk mendapatkan sebanyak mana wang yang mungkin yang dikaitkan dengan dana kekayaan kerajaan itu,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya di sini, hari ini.

“Kami berharap mereka yang akan menerima notis kompaun akan mengambil serius dan membayar kompaun,” kata beliau lagi.

Seramai sembilan individu termasuk adik Najib Razak, Nazir, juga bekas pengerusi Kumpulan CIMB, ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan bekas Pengerusi Felda, Shahrir Samad, di samping 43 entiti politik dan 23 syarikat disenaraikan menerima sehingga RM420 juta daripada 1MDB.

Latheefa berkata mereka dikehendaki mengembalikan wang terbabit dalam tempoh dua minggu atau mencabar notis berkenaan di mahkamah persekutuan.

Pada 21 Jun lalu, beliau berkata SPRM telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah akta yang sama, melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1MDB.

Seksyen 92(1) menyebut “pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dengan keizinan pendakwa raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah akta ini atau di bawah peraturan yang dibuat di bawah akta ini, dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu apa-apa amaun yang tidak melebihi 50% daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu, termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.”

Berikut senarai penuh dikeluarkan SPRM hari ini:

Syarikat:

1. Solar Shine Sdn Bhd
2. Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd
3. Zeal Hi-Tech Solutions Sdn Bhd
4. Media Link Direct
5. Red Bag Industry Sdn Bhd
6. Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd
7. Theora Niaga
8. Transformasi Kreatif
9. Cape Glory Sdn Bhd
10. Warisan Research PLT
11. Vital Spire Sdn Bhd
12. Qalif Umar Creative
13. Alpha Theora Sdn Bhd
14. Mashi Publications Sdn Bhd
15. Decision Advisors (M) Sdn Bhd
16. D’Khairan Sdn Bhd
17. Angeliva Corporation Sdn Bhd
18. Institut Terjemahan & Buku Malaysia Bhd
19. Fanisa Consultancy & Services
20. Airmarine (Malaysia) Sdn Bhd
21. Virtual Palace Sdn Bhd
22. Salt Media Consultancy Sdn Bhd
23. Cense Media Sdn Bhd

Individu

1. Mohd Nazir Abdul Razak
2. Mustafa Osman
3. Hanafi Mamat
4. Soong Fui Kiun
5. Lim Soon Peng
6. Mohamad Fatmi Che Salleh
7. Ahmad Maslan
8. Sulaiman Aris
9. Shahrir Abdul Samad

Parti politik

1. Pergerakan Puteri Umno Malaysia
2. Pergerakan Wanita Umno Selangor
3. Puteri Umno Negeri Selangor
4. Umno Bahagian Sepang
5. Umno Bahagian Tun Razak
6. Umno Bahagian Batu
7. Umno Bahagian Johor Bahru
8. Umno Bahagian Labis
9. Umno Bahagian Bakri
10. Umno Bahagian Kuantan
11. Umno Bahagian Indera Mahkota
12. Wanita Umno Bahagian Pekan
13. Pergerakan Pemuda Umno Pekan
14. Umno Bahagian Jerantut
15. Umno Bahagian Maran
16. Umno Bahagian Lipis
17. Badan Perhubungan Umno Negeri Perak
18. Umno Bahagian Taiping
19. Umno Bahagian Bagan Serai
20. Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang
21. Umno Bahagian Batu Kawan
22. Badan Perhubungan Wanita Umno Sabah
23. Umno Bahagian Machang
24. Barisan Nasional Negeri Selangor
25. Wanita Barisan Nasional Selangor
26. Barisan Nasional Bahagian Bandar Tun Razak
27. Barisan Nasional Parlimen Maran
28. Pusat Khidmat BN Parlimen Taiping
29. MIC Headquarters
30. Malaysian India Congress
31. Puteri MIC
32. Indian Progressive Front Baling
33. MIC Kedah State Liaison Committee
34. MCA Selangor Liaison Committee
35. MCA Kedah State Liaison Committee
36. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ulu Selangor
37. Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai
38. Pusat Penyelaras Bahagian Teluk Intan
39. Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Negeri Terengganu
40. Parti Rakyat Sarawak
41. Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Kedah
42. People’s Progressive Party Negeri Kedah
43. PPP Wilayah Persekutuan

Yayasan/organisasi

1. Mascom Communications
2. Koperasi Belia 1Malaysia Wilayah Persekutuan Bhd
3. IPF Building Fund
4. Badan Rekreasi dan Komuniti Pengerang
5. PG Research Division