Awas! scammer boleh curi duit guna Whatsapp sahaja

“Scammer” bukan perkara baru dalam negara dan ramai tahu tentang kes ini.

Namun ia seringkali terjadi dan modus operandinya berbeza-beza dalam mencari mangsa yang mudah diperdaya.

Meskipun ramai yang berhati-hati agar tidak terkena dengan “scammer” ini, namun mereka diperdaya juga akhirnya.

Terbaru dalam kes yang sama, pihak tidak bertanggungjawab ini menggunakan taktik lebih licik dan akhirnya wang dalam akaun mereka boleh hilang begitu sahaja.

Mereka sering mencari sesiapa sahaja yang pemegang akaun bank dan mempunyai akses untuk “online banking”.

Ia terjadi kepada salah seorang pengguna atas talian, Jonathan Sidi berkongsi pengalamannya melalui laman sosial Facebook pada 28 September lalu.

Bagaimana scammer boleh mengeluarkan duit tanpa OTP?

Strategi 1

1. Saya terima beberapa panggilan dari 017 813 5084 . Panggilan tidak dijawab.

2. 017-813 5084 (scammer) hantar WhatsApp. Saya buka. Ada beberapa screenshot atau gambar SMS OTP yang telah dibuat.

3. “Scammer” meminta nombor OTP tersebut kerana isteri tersalah hantar. Saya tidak beri OTP. “Scammer” hantar gambar kad pengenalan beliau dan video yang menunjukan nombor akaun beliau untuk menyakinkan saya.

4. Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke telefon bimbit saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan alat yang digunakan. Saya sudah agak dia adalah “scammer”. Tiada OTP diberikan.

5. “Scammer” hantar lagi beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp saya . Saya tidak memberi OTP.

6. Terima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite List saya.

7. Waktu tersebut saya baru tersedar telah berhubung dengan “scammer” di WhatsApp = hampir satu jam.

8. Saya hubungi “Customer Service hotline”. Sah = pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu Favourite List saya. Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. “Scammer” telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja. Tindakan Customer Service = blok kad + “online banking” termasuk “mobile app”. Suruh buat laporan polis.

9. Saya “block” no 017-8135084 dari WhatsApp (selepas menghubungi Customer Service). Malangnya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalan scammer tadi.

Strategi 2

1. Pergi ke Balai Polis Samarahan. Laporan dibuat.

2. Mereka suruh rujuk di Balai Polis Sungai Maong kerana ia lebih kepada “commercial crime”.

Strategi 3

1. Pihak polis cadangkan saya hubungi pihak penerima dalam “Favourite List” tersebut.

2. Saya hubungi Pihak “Favourite List” saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit.

3. Nombor yang digunakan 017-8660079. Gambar yang digunakan adalah sama dengan gambar profile WhatsApp saya.

4. 017-8660079 hantar gambar bukti transaksi yang telah berjaya.

5. “Favourite List” semak akaun dan sah duit telah berjaya masuk.

6. 017-8660079 minta dipulangkan kembali duit tersebut kerana salah tranfer. “Scammer” beri nombor akaun yang lain. Jika “Favourite List” ingkar, “scammer” ugut laporan polis akan dibuat .

7. “Favourite List” pindah duit ke akuan tersebut sebab takut.

Strategi 4

1. Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan: menurut laporan polis setakat ini ( awal September 2019) lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan no 017 813 5084 .

2. Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini maklumat dalam telefon atau salah memindahkan wang. Pindah duit ke akuan Favourite List mangsa. Ugut / suruh “Favourite List” pindah ke akaun lain. Akaun lain = besar kemungkin adalah akaun keldai/ transit

3. Jumlah keseluruhan sekarang lebih RM 63,000

Apa yang perlu dilakukan?

1. Jangan “online” / “engage” dengan “scammer”. ( Mereka mungkin boleh “duplicate” WhatsApp kita. Mungkin juga boleh klon telefon bimbit kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih “online” + “engage” dengan mereka.)

2. “Off WiFi” . “Disconnect mobile data” : jika pemanggil disyaki adalah scammer

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]