Tanda warna hitam pada ubat gigi bahaya digunakan?

Jika pergi ke pasaraya, anda pasti terlihat beberapa jenis ubat gigi yang dijual namun sama sahaja dari segi fizikalnya.

Cuba anda perhatikan secara teliti, terdapat beberapa tanda berwarna pendek pada hujung tiub ubat gigi anda.

Ada yang berwarna hitam, merah, biru atau hijau, namun adakah anda tahu warna tersebut mempunyai maksud yang tertentu?

Berikut adalah teori bagi setiap warna:

Hitam: bahan kimia sepenuhnya

Merah: bahan kimia + komposisi semula jadi

Biru: komposisi semula jadi + ubat

Hijau: bahan semula jadi sepenuhnya

Perkara ini tular di media sosial dan anda boleh memperoleh maklumat dengan mudah.

Ia kemudiannya timbul rasa panik dan risau kerana bahan kimia yang terkandung dalam ubat gigi yang mereka gunakan.

Hakikatnya menurut satu laporan media yang dikeluarkan, tanda ini ialah sebahagian daripada proses pengeluaran tiub ubat gigi.

Maklumat tersembunyi di dalam tanda ini akan dibaca oleh sensor pancaran cahaya.

Fungsinya ialah untuk memaklumkan mesin pengeluar ubat gigi di mana tiub itu patut dipotong, dilipat atau digam. Itu sahaja!

Tanda berwarna ini diwujudkan dalam pelbagai warna dan bukan biru, hijau, merah dan hitam sahaja.

Warna berlainan digunakan bagi pelbagai jenis pembungkusan, ataupun bagi pelbagai jenis sensor dan mesin.

Apa jua warna yang anda lihat pada tiub ubat gigi anda, fungsinya tetap sama.

Tetapi untuk tahu jika produk itu merbahaya atau tidak, silalah rujuk kepada ramuan yang tertera pada labelnya.

Jadi jangan salah faham ye.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]