Wajah ‘stuntman’ dan pelakon Hollywood hampir sama

Melakonkan aksi ngeri sememangnya sesuatu yang mencabar dan ia kebiasaannya dilakukan oleh mereka yang berpengalaman bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Tanpa pelakon lagak ngeri atau “stuntman” yang berani membahayakan nyawa mereka untuk menghasilkan babak-babak ngeri dan cemas sama ada di dalam filem ataupun drama, maka tidak akan terhasillah filem dan drama aksi yang selalu kita tengok.

Dulu mungkin pelakon aksi ngeri ini tidak dihargai kerana dianggap sebagai tempelan namun tidak lagi sekarang.

Pelakon popular antarabangsa pada zaman ini sudah semakin terbuka untuk menghargai jasa pelakon lagak ngeri yang pernah terlibat di sebalik tabir sebuah filem atau drama.

Malah pengarah filem atau drama juga akan sedaya upaya mencari pelakon aksi ngeri mirip wajah atau susuk tubuh hero mereka agar tidak banyak suntingan perlu dilakukan.

Berikut senarai artis Hollywood yang mempunyai pelakon aksi ngerinya sendiri.

Brie Larson

Di MTV Movie & TV Awards 2019, Brie Larson bawa dua orang pelakon lagak ngeri yang terlibat dalam pembikinan filem Captain Marvel naik ke atas pentas untuk menerima anugerah Best Fight dan memuat naik gambar di Instagram berserta caption yang menyentuh hati peminat-peminat filem Captain Marvel.

Dwayne Johnson “The Rock”

Pada tahun 2018, The Rock menghadiahkan sebuah pickup truck kepada pelakon lagak ngerinya, Tanoai Reed yang juga merupakan sepupu kepada The Rock selepas 17 tahun berkhidmat sebagai stuntman untuk The Rock.

Ben Affleck

Pelakon ini memang nampak lebih kurang sama. Ben Affleck ada post gambar di Instagram bersama pelakon lagak ngerinya yang sudah pernah terlibat dalam lima filem termasuk filem Batman lakonan Ben Affleck.

Chris Hemsworth

Bobby Holland dah mula jadi pelakon lagak ngeri untuk Chris Hemsworth sejak dari awal penglibatan Chris Hemsworth dalam pembikinan filem sehinggalah Chris Hemsworth semakin popular dengan watak Thor.

Tom Hardy

Pakai baju lain-lain boleh nampak lagi persamaan antara Tom Hardy dan pelakon lagak ngerinya, Jacob Tomuri. Jacob Tomuri pernah juga terlibat sebagai pelakon di usia muda sebelum fokus kepada bidang pelakon lagak ngeri.

Sumber: thelaki.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]