2 terbunuh dalam tembakan rumah ibadat Yahudi di Jerman

Polis mengawal ketat kawasan rumah ibadat yang menjadi sasaran tembahan di bandar Halle, timur Jerman pada 9 Okt. (Gambar Reuters)

BERLIN: Dua orang terbunuh dalam serangan tembak di Halle, timur Jerman hari ini ketika komuniti Yahudi mengadakan sambutan kepercayaan mereka manakala polis berkata mereka menahan seorang melepaskan tembakan.

Akhbar paling laris, Bild berkata tembakan berlaku di depan rumah ibadat, dan bom tangan juga dibuang ke tanah perkuburan Yahudi.

Saksi memberitahu televisyen n-tv, seorang suspek juga melepaskan tembakan ke arah kedai kebab di Halle.

Insiden berlaku pada Yom Kippur, hari paling suci bagi orang Yahudi, yang berpuasa lebih 24 jam, mencari pengampunan.

“Pasukan kami telah menahan seorang,” kata polis tempatan menerusi Twitter.

“Sila tetap berjaga-jaga.” Terdahulu, polis dalam twitter menulis: “Menurut penemuan awal, dua terbunuh di Halle. Terdapat beberapa tembakan.”

Tembakan juga didengar di Landsberg, pinggir bandar Halle, lapor Focus Online.

Pengendali rel kebangsaan Deutsche Bahn berkata stesen kereta api utama di Halle ditutup.

Kenyataan awal polis tidak mengesahkan laporan media yang mengaitkan serangan tembakan dan bom tangan dengan sasaran Yahudi.

Anti-Semitisme amat sensitif di Jerman, semasa Perang Dunia Kedua bertanggungjawab atas pembunuhan enam juta orang Yahudi dalam kejadian Holocaust Nazi.