6 perangai pengunjung tidak bertimbang rasa buatkan orang marah

Baru-baru ini, cerita perlakuan tidak senonoh pengunjung tempatan ke pameran seni di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur menjadi viral.

Pameran yang sepatutnya dinilai dan dihargai kerana membawa nama terkenal dalam hasil lukisan dan ciptaannya bagaimanapun dirosakkan oleh pengunjung yang hadir.

Tindakan mereka mengambil gambar dengan bersahaja menggunakan barang pameran sehinggakan ada yang pecah membuatkan penganjur terkilan dengan sikap mereka itu.

Semata-mata hendak mendapatkan like di akaun Instagram atau Facebook masing-masing sanggup merosakkan hasil karya seni penganjur.

Walaupun orang ramai marah dengan sikap melampau ini namun ia bukan kali pertama muzium atau apa jua pameran menjadi mangsa “pencemaran” oleh pengunjung yang pentingkan diri sendiri ini.

Berikut adalah beberapa kisah pelancong teruk yang merosakkan karya seni dan artifak sejarah hingga ia tidak boleh digantikan:

1. Remaja conteng di tembok tempat ibadat purba Mesir

Pada Mei 2013, media sosial China mendedahkan kemarahan orang ramai apabila ada kesan contengan salah satu dinding kuil purba Mesir.

Tulisan dalam Bahasa Mandarin tu tertera “Ding Jinhao ada di sini.”

Kuil Luxor itu yang menempatkan beberapa patung yang ditemui, dianggap sebagai tapak arkeologi paling penting di Mesir dan telah wujud sejak 1400 sebelum masihi.

Warga China melihat tindakan ini sebagai memalukan nama negara dan berusaha mencari lelaki berusia 15 tahun itu hingga ibu bapanya tampil memohon maaf atas kelakuan anaknya.

Meskipun pihak berkuasa Mesir tidak menjadikan ia sebagai isu besar dengan memadamkannya namun kerajaan China tetap mengeluarkan kenyataan mengingatkan rakyat China untuk berkelakuan baik ketika berada di luar negara.

2. Ibu jari tentera Terakota berusia 2,000 tahun dicuri

Ketika Maharaja China yang pertama, Qin Shi Huang meninggal dunia, dia dikebumikan bersama-sama dengan tentera terakotanya bertujuan untuk menjaga dia di akhirat.

Tentera Terracotta telah menjadi salah satu artifak sejarah China yang paling terkenal, dengan para askarnya dan ada masanya ia dipinjamkan ke muzium di seluruh dunia.

Dan salah satu daripada patung-patung ini dibawa ke Institut Franklin di Philadelphia dan disitulah salah satu ibu jarinya pecah.

Pelaku yang dikenali sebagai Michael Rohana oleh FBI ialah orang yang tiada sifat perikemanusiaan apabila mematah dan mencuri jari tersebut kononnya sebagai “cenderamata” ketika berkunjung pada musim Krimas.

Pihak berkuasa China marah dengan kejadian itu dan mengkritik muzium tersebut kerana kecuaiannya.

3. Selfie hingga memusnahkan patung berusia 126 tahun

Mengambil gambar “selfie” satu tindakan yang tidak salah.

Malah dengan siapa atau bagaimana ia diambil terpulang kepada kreativiti seseorang itu.

Bagaimanapun sebelum ini terdapat beberapa kejadian yang dilaporkan dimana berlaku kecederaan malah ada yang terbunuh ketika ber “selfie”.

Namun pada tahun 2016 kejadian tidak dapat dilupakan apabila patung Raja Sebastian dari Portugal yang berusia 126 tahun hancur berkecai dek gara-gara seorang lelaki yang “selfie” bersama patung itu.

Lelaki yang berusia 24 tahun itu bertindak memanjat bahagian depan stesen keretapi Rossio di Lisbon untuk membolehkannya “selfie” bersebelahan dengan patung bersejarah itu.

Bagaimanapun lelaki itu terjatuh ke hingga menyebabkan patung itu hancur berkecai.

Lelaki muda itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh polis Portugal dan patung itu sehingga kini tidak dapat digantikan dan tapaknya kekal kosong sehingga hari ini.

4. Pasangan rosakkan artifak jam di Muzium

Kebanyakan muzium akan mempunyai tanda arahan seperti “jangan sentuh”.

Namun malangnya mesej ringkas itu tidak pernah diambil endah oleh sesetengah orang.

Pada tahun 2016, sepasang suami isteri yang melawat muzium National Watch & Clock di Pennsylvania terpegun dengan salah satu pameran, jam dan karya seni oleh pembuat jam dari Amerika, James Borden.

Selama hampir seminit memerhatikan jam itu kemudiannya suaminya dilihat bermain-main dengan beberapa bahagian jam itu.

Sejurus selepas itu, mesin jam itu berhenti berfungsi dan beberapa bahagian jam itu menjadi dan secara tiba-tiba semua komponennya jatuh.

Pasangan yang panik itu terus mengakui kesilapan mereka dan muzium itu juga tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap mereka dan membaiki semula karya seni jam itu

5. Lukisan lama bernilai USD1.5 juta didapati terdapat beberapa kesan lubang

Ia mungkin satu kejadian paling buruk pernah dilalui oleh penjaga muzium apabila mendapati lukisan berharga pada abad ke-17 dipenuhi lubang-lubang.

Kejadian malang itu berlaku dalam satu pameran seni pada 2015 di Taipei, Taiwan.

Jangan terkejut ia dilakukan oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang datang melawat pameran “Huashan 1914 Creative Park” bersama keluarganya.

Dan ketika itu, muzium tersebut menjadi tuan rumah kepada beberapa lukisan dari luar negara, termasuk “Flowers” by Paolo Porpora, seorang artis zaman akhir Baroque.

Semasa kejadian malang itu, kanak-kanak tersebut secara tidak sengaja tersandung di atas tali penghalang tali yang mengelilingi lukisan tersebut.

Bagaimanapun muzium itu memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap budak lelaki itu meskipun lubang yang terbentuk di atas lukisan yang bernilai USD1.5 juta itu sebesar saiz penumbuk.

Namun budak lelaki tersebut tidak dibenarkan untuk melawat mana-mana galeri.

6. Kanak-kanak nakal, ibu bapa tidak bertanggungjawab musnahkan karya seni

Kes ini agak sama dengan apa yang berlaku di Balai Seni Negara apabila pelancong tempatan sendiri yang bersikap tidak bertanggungjawab.

Kejadian yang berlaku pada 2016 di Muzium Kaca Shanghai, menunjukkan rakaman CCTV dua budak lelaki menyentuh dan menarik arca yang dipasang di dinding, oleh Shelly Xue “Angel is Waiting”.

Bukan hendak menegur tetapi ibu kanak-kanak itu hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya dan merakamkan aksi itu menggunakan telefon pintar mereka.

Tidak lama kemudian, sekeping arca jatuh dan wanita itu hanya memanggil anak-anak mereka kembali ke sisi mereka.

Xue yang menghabiskan masa selama 27 bulan terhadap karya seninya itu yang didedikasikan untuk anak perempuannya yang baru lahir memutuskan untuk tidak membetulkan patung itu tetapi mengubah namanya kepada “Patah”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]