9 barang ada tarikh luput, bahaya jika terus gunakan

Kebiasaannya kita diberitahu hanya makanan sahaja yang mempunyai tarikh luput.

Jika kita mengabaikannya, mungkin boleh berdepan keracunan makanan.

Namun tidak pula kita diberi kesedaran pada perkara lain dimana ia sebenarnya mempunyai tarikh luput pada beberapa perkara.

Dan ia membawa kita terdedah kepada kekotoran dan bahaya jika terus menggunakannya.

Antaranya:

1. Bantal – dua ke tiga tahun

Biasalah bila sudah tidur nyenyak, bantal kita akan mula terdedah dengan habuk dan air liur.

Bila anda bangun pagi dan mula bersin dengan kerap, ini menunjukkan bahawa bantal anda sudah perlu ditukar baru.

2. Kasut sukan – enam bulan ke setahun

Menurut National Institute of Health, mereka mencadangkan anda untuk tukar kasut sukan selepas enam bulan atau setahun.

Bagi anda yang selalu bersenam dan melakukan aktiviti bersukan, sudah pasti kasut sukan pun akan kurang “cengkaman” dan kaki pun akan kurang selesa.

3. Rempah ratus – tiga tahun

Setiap jenis rempah mempunyai tarikh luput yang berbeza.

Ini juga bergantung kepada jenis rempah sama ada rempah kering atau rempah yang digiling.

Bila warna dan rasa rempah sudah semakin pudar atau berkurangan, itu tandanya rempah di dapur anda sudah boleh diganti baru.

4. Tuala – tiga tahun

Tuala dah tak boleh serap air? Ini tandanya anda perlu menukar tuala yang baru.

Bila tuala asyik tak serap air, ini akan menjadikan tuala anda kekal basah.

Masa inilah, bakteria akan berkumpul di tuala dan akan bau busuk! Jadi, kena beli tuala yang baru ya.

5. Berus gigi – tiga bulan

Siapa cakap boleh guna berus gigi yang sama selagi berus gigi tu tak berkurangan? Salah sebenarnya.

Walaupun berus gigi anda masih kelihatan seperti baru selepas 3 bulan, anda perlu juga menukarnya.

Tapi, jangan buang pula berus gigi yang lama kerana anda boleh gunakan untuk mencuci bahagian sempit di dalam rumah.

6. Sponge alat solek – tiga bulan

Nak bersolek pun kena jaga juga tau! Hal ini kerana sponge make-up atau Beauty Blender mempunyai tarikh luput iaitu 3 bulan selepas beli.

Jika anda dapat rasakan kulit dah mula rasa gatal-gatal, itu maknanya anda dah boleh tukar span make-up yang baru.

7. Sikat rambut – enam bulan

Bukan sahaja rambut yang boleh berkumpul dalam sikat tapi habuk, minyak dan sel kulit mati juga.

Jadi, setiap kali anda menggunakan sikat, ini sahaja yang akan melekat di sikat anda.

Jadi, pastikan anda selalu membersihkan sikat selepas anda guna.

8. Pakaian dalam – satu ke dua tahun

Bila dah kerap dicuci tidak kira sama ada menggunakan mesin basuh atau secara sendiri, bentuk dan kain pakaian dalam akan berubah bentuk dan akan menjadikan pemakaian anda kurang selesa.

Jadi, inilah masanya untuk anda beli pakaian dalam yang baru.

9. Plug sambungan

Plug sambungan atau “power extension” pun ada tarikh luput? Ya! Jika anda dapat rasakan bila anda guna plug terlalu lama dan menjadi panas, memang kena beli yang barulah.

Kalau tidak, anda mungkin akan terdedah dengan bahaya seperti banyak kes plug meletup semasa anda mengecas telefon.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]