Gara-gara rambut dalam makanan, lelaki Bangladesh cukur kepala isteri

Seorang lelaki Bangladesh sanggup mencukur kepala isterinya gara-garaa rambut dalam sarapan.

DHAKA: Seorang lelaki Bangladesh berusia 35 tahun mencukur kepala isterinya gara-gara temui rambut dalam sarapan.

Polis menyerbu sebuah kampung di daerah barat daya Joypurhat dan menangkap Bablu Mondal selepas penduduk kampung memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Dia temui rambut manusia dalam sarapan pagi dan nasi yang disediakan isterinya,” kata ketua polis tempatan, Shahriar Khan semalam.

“Dia marah apabila nampak rambut dan menyalahkan isterinya. Dia kemudian mengambil bilah dan mencukur kepala isteri,” kata beliau.
Isterinya berusia 23 tahun.

Shahriar berkata Bablu didakwa dengan “secara sukarela menyebabkan kecederaan parah”, kesalahan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun.

Aktivis mendakwa kejadian itu menyoroti penindasan wanita di Bangladesh walaupun undang-undang untuk melindungi mereka dari penyalahgunaan dan serangan seksual.

Menurut kumpulan hak asasi tempatan Ain o Salish Kendra, terdapat tiga kes rogol setiap hari dalam enam bulan pertama tahun ini.
Organisasi itu berkata 630 wanita diperkosa antara Januari dan Jun lalu, 37 maut akibat perbuatan itu manakala tujuh yang lain mengambil nyawa mereka sendiri.

Terdapat juga 105 kes percubaan merogol.

Pada bulan April, protes secara besar-besaran berlaku selepas pelajar sekolah berusia 19 tahun dibakar sehingga mati atas perintah ketua guru wanita itu selepas dia melaporkannya kerana lelaki berkenaan mengganggu dia secara seksual.