Pemimpin PH ‘bonsai’, Mat Sabu enggan ulas komen Syed Husin

Mohamad Sabu (kiri) dan Syed Husin Ali.

KUALA LUMPUR: Presiden Amanah Mohamad Sabu enggan mengulas komen pengasas PKR Syed Husin Ali tentang pemimpin Pakatan Harapan bagaikan “dibonsaikan” Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas presiden Parti Rakyat Malaysia itu baru-baru ini berkata rakyat tertanya adakah Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin, dan Ahli Parlimen Iskandar Putri Lim Kit Siang tidak mampu berdepan Mahathir.

“Saya hormat pandangan orang veteran seperti itu,” kata Mohamad kepada pemberita di Parlimen hari ini, mengulas komen Syed Husin dalam temubual satu Malaysiakini.

Terdahulu, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menolak komen Syed Husin, mengatakan analogi ‘bonsai’ tidak relevan.

Katanya, bonsai tumbuhan menarik untuk dibela dan bukan seperti yang dianggap Syed Husin.