Wow… Kayu manis boleh pudarkan garisan halus pada wajah!

Umumnya kayu manis merupakan rempah ratus yang digabungkan bersama bahan masakan lain seperti buah pelaga dan bunga lawang, digelar sebagai tiga serangkai.

Ia sering digunakan dalam masakan kari, ia turut digunakan dalam pembuatan teh rempah yang kebiasaannya diminum pada musim sejuk oleh masyarakat di Barat.

Untuk kulit muka pula, ia mempunyai khasiat tersendiri yang mungkin ramai tidak pernah ketahuinya :

1. Menjadikan kulit lebih cerah

Disebabkan terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu lama dan pencemaran yang ada, kulit akan kelihatan kusam dan gelap.

Oleh itu, kulit kayu manis boleh dijadikan pupur untuk menjadikan kulit kelihatan cerah.

Caranya mudah sahaja, gunakan beberapa bahan iaitu serbuk kulit kayu manis, dadih, pisang dan jus lemon yang digaul hingga rata. Selepas itu, sapukan ke seluruh muka dan tunggu hingga kering, kemudian basuh muka sehingga bersih.

2. Memudarkan garis halus pada wajah

Usia yang semakin meningkat menyebabkan timbulnya garis-garis halus pada wajah, namun faktor lain juga mempengaruhi kemunculan garis berkenaan pada wajah.

Wajah akan kelihatan lebih awet muda tanpa garis halus pada muka.

Caranya dengan hanya mencampurkan serbuk kulit kayu manis dan minyak zaitun lalu sapukan pada wajah dengan konsisten untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

3. Memudarkan parut jerawat

Bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah parut jerawat di muka pasti membuat seseorang hilang keyakinan.

Gunakan sahaja cara tradisional bagi merawat masalah tersebut.

Caranya dengan mengambil satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis dicampur dengan madu. Lalu ratakan ke seluruh bahagian parut jerawat tersebut.

4. Melegakan kulit kering

Kulit kayu manis dapat membantu dalam membuang sel-sel kulit mati dan mengembalikan kelembapan kulit anda. Ia boleh dimanfaatkan sebagai lulur.

Caranya dengan mencampurkan serbuk kulit kayu manis, madu, garam, minyak zaitun dan gosokkan dengan perlahan secara membulat selama dua minit dan basuh hingga bersih.

Rasai kulit wajah anda selepas menggunakan pupur daripada kulit kayu manis itu, pasti ada perubahan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]