PKR bincang permohonan Salleh Keruak 18 Okt

Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas menteri komunikasi dan multimedia, Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR akan ditentukan dalam mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Okt ini, demikian disahkan oleh Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata permohonan keanggotaan Salleh diterima dalam talian dan akan dibahas oleh biro tersebut sebelum keputusan muktamad dibuat mengenai status permohonan bekas bendahari Umno itu.

“Itu memang kaedah dalam permohonan menjadi anggota parti,” katanya.