Polis siap sedia jika Perak panggil pilihan raya mengejut

Ketua Polis Perak, Razarudin [email protected] Rasid.

IPOH: Polis Perak sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya pilihan raya mengejut negeri Perak diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Polis Perak, Razarudin [email protected] Rasid berkata, bagaimanapun pihaknya tidak nampak kemungkinan pilihan raya negeri akan berlaku dalam masa terdekat.

“Kita tak nampak Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) DAP keluar parti, mereka cuma letak jawatan dalam parti tetapi masih sebagai Adun Malim Nawar (Leong Cheok Keng) dan Adun Pokok Assam (Leow Thye Yih),” kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Razarudin diminta mengulas mengenai berita tular kononnya pilihan raya negeri Perak akan diadakan tidak lama lagi berikutan beberapa Adun dari DAP akan keluar parti dan menjadi bebas.

Berita tular itu turut disertakan dengan satu tangkap skrin sekeping surat bertarikh 23 Sept lepas daripada Jabatan Pendidikan Negeri kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan lawatan amal tapak ke sekolah-sekolah sebagai pusat mengundi di dalam negeri ini.