Turki serang Kurdis di Syria, PBB panggil mesyuarat khas

Asap kelihatan di Ras al-Ain, Syria ekoran operasi ketenteraan Turki bermula semalam. (Gambar Anadolu Agency)

NEW YORK: Ketika banyak negara mengecam tindakan Turki melancarkan operasi ketenteraan ke atas pejuang Kurdis di timur laut negara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengadakan perbincangan khas tertutup hari ini.

Perbincangan mengenai keadaan di Syria oleh 15 anggota Majlis Keselamatan diminta oleh Eropah, Britain, Perancis, Jerman, Belgium dan Poland, kata diplomat.

Presiden Turki Tayyip Erdogan mengumumkan permulaan tindakan ketenteraan ke atas Kurdis semalam.

Tayyip berkata tindakan itu diambil untuk menghapuskan apa yang disebut beliau sebagai “koridor keganasan” di sempadan selatan Turki.