‘Bertabahlah abang’, tampal sahaja kertas atas muka beruang

Kekecohan yang berlaku tentang skim bayaran baru Foodpanda masih hangat diperkatakan sehingga hari ini.

Keadaan itu terus menjadi tegang apabila ramai penghantar makanan menamatkan servis mereka sebagai tanda boikot terhadap skim bayaran baru yang diperkenalkan oleh pihak pengurusan dimana ia jauh lebih rendah daripada yang asal.

Malah ia juga dilihat seolah-olah menindas bagi mereka yang bekerja dengan Foodpanda ini.

Perkara itu juga turut mendapat perhatian netizen apabila mereka memadam applikasi Foodpanda dalam telefon pintar mereka sebagai tanda boikot dan tidak lagi membuat tempahan menggunakan Foodpanda.

Baru-baru ini, seorang netizen berkongsi gambar penghantar makanan yang menampal kertas berwarna putih tertera “Hari terakhir servis dengan..(Foodpanda)” yang dilukiskan bentuk muka beruang dengan hashtag #Lastday.

Kertas putih tersebut menutupi muka beruang di “carrier” Foodpanda, dan dimuat naik dalam laman sosial Facebook, KU Shafeeq KU Axalee dan mendapat 5,300 “like”.

“Kesian abang ini, semenjak ada isu banyak yang memberontak, banyak penghantar makanan terkilan, dalam banyak-banyak ‘rider’ mungkin ada yang bergantung dari sumber ini sahaja untuk menyara keluarga.

“Apa pun tetap tawakal semua penghantar makanan kerana setiap rezeki pemberian daripada-Nya..kita usaha sebaiknya.

“Semoga abang ini tabah menghadapi dugaan dan mendapat sumber rezeki yang lebih baik lagi. saya doakan rezeki abang ini melimpah selepas ini walaupun saya tidak kenal abang ini,” postingnya yang mendapat komen daripada netizen.

Sebelum ini seorang pelukis grafik, Fahmi Reza turut menyokong gerakan kempen boikot Foodpanda dengan melukis grafik khas “padam Foodpanda ini”.

Selain itu satu “page” khas turut didaftarkan dalam Facebook baru-baru ini untuk memboikot perkhidmatan tersebut dengan mendapat 9,000 “likes”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]