Pekerjaan kerani akan lupus menjelang 2022?

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang mulai bimbang akan hilang pekerjaan.

Manakan tidak, banyak pekerjaan kini yang bergantung dengan teknologi dan sistem tanpa menggunakan tenaga daripada manusia lagi.

Mahu atau tidak, inilah peralihan zaman yang perlu diterima semua pihak, dan akan lupuslah beberapa pekerjaan yang sebelum ini menjadi kepentingan dalam sesebuah kerajaan.

Mengukuhkan perkara itu, Laporan Pekerjaan Masa Hadapan 2019 yang dibentangkan di World Economic Forum mencatatkan 133 juta jenis pekerjaan bakal berevolusi manakala 75 juta pekerjaan lagi bakal pupus atau hilang menjelang 2022.

Antara pekerjaan tersebut adalah kerani kemasukan data, kerani akaun simpan kira dan gaji, setiausaha eksekutif dan pentadbiran.

Bagi pekerjaan baru yang akan diwujudkan pula adalah saintis dan analisis data, pengurus besar dan operasi, professional pemasaran dan digital serta pakar teknologi baru.

Perubahan ini bukan sahaja di Malaysia, tetapi merata ke seluruh dunia.

Pastinya, ia memberi kesan kepada kos sara hidup yang melibatkan tanggungan anak-anak, apatah lagi kepada kos pendidikan mereka.

Oleh itu, anda perlu berfikir sepantas kilat untuk mengubah nasib sebelum ditelan arus perkembangan dunia kini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]