Nostalgia tak bererti kebangkitan semula LTTE
Sokongan nostalgia untuk filem mengenai perjuangan pembebasan kebangsaan Tamil tidak boleh diterjemahkan secara automatik kepada kebangkitan semula LTTE.
Adalah tidak rasional untuk membuat tuduhan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang telah lama dimansuhkan cuba dihidupkan semula di Malaysia melalui aktiviti-aktiviti Parti Naam Tamilar Katchi atau NTK, yang diketuai Senthamilan Seeman, seorang pelakon yang menjadi ahli politik di Tamil Nadu, India.
NTK yang ditubuhkan beberapa tahun lalu di Tamil Nadu, India didaftarkan sebagai parti politik dan telah bertanding dalam beberapa pilihan raya tetapi gagal mendapatkan sokongan.
Parti ini mahu memecahkan cengkaman dipegang dua parti dominan di negeri iaitu DMK (Dravida Munnetra Kalzham) dan AADMK (All India Anna Dravida Munnetra Kalzham). NTK ingin menjauhkan diri dari ideologi Dravidian bagi merangkul konsep Tamil Desiyam atau Negara Tamil.
Falsafah asas NTK adalah sejak orang Tamil merupakan majoriti di Tamil Nadu, mereka harus memegang kuasa dan bukannya golongan bukan Tamil yang mempergunakan ideologi Dravidian yang ketinggalan zaman.
NTK rapat dengan pergerakan kebangsaan Tamil di Sri Lanka secara umum dan khususnya LTTE.
Ciri-ciri bendera, lambang dan lain-lain identiti pihak itu menyerupai LTTE.
Akan tetapi di Tamil Nadu, NTK berjuang untuk kuasa melalui cara perlembagaan dan demokratik.
Walaupun dalam isu etnik Tamil di Sri Lanka, NTK percaya bahawa penyelesaian terbaik untuk etnik Tamil adalah wilayah Eelam yang bebas, tetapi enggan untuk menghuraikan cara untuk mencapainya.
Adalah tidak masuk akal untuk memikirkan satu lagi perjuangan bersenjata akan berlaku seperti yang dilaksanakan oleh LTTE selama 30 tahun.
Pilihan untuk perjuangan bersenjata adalah tindak balas kepada diskriminasi bertahun-tahun terhadap etnik Tamil dalam pendidikan dan perkhidmatan awam serta serangan perkauman secara sistematik yang dilancarkan oleh golongan Sinhala terhadap etnik Tamil pelbagai tempat.
Perjuangan bersenjata oleh LTTE berakhir pada 2009 dengan kematian kepimpinannya dan pembunuhan lebih 100,000 orang Tamil. Ini adalah genosida negara Sinhala terhadap etnik Tamil atas alasan mahu mengalahkan LTTE.
LTTE tidak wujud lagi.
Etnik Tamil mungkin telah dikalahkan tetapi mereka sedang menggunakan platform hak asasi manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan agensi antarabangsa untuk memperjuangkan hak sosial dan politik mereka.
Oleh itu, tidak masuk akal untuk memikirkan LTTE akan dihidupkan semula di Malaysia atau di tempat lain.
Mengenang LTTE dalam acara peringatan mangsa perang tidak sama dengan menghidupkan kembali kumpulan ini untuk perjuangan bersenjata sekali lagi.
Sentimen Tamil mungkin digunakan oleh NTK untuk tujuan politik, tetapi saya ragu NTK mempunyai sokongan luas di kalangan etnik Tamil.
Pemimpin NTK iaitu Seeman adalah seorang penceramah yang baik dan mempunyai daya tarikan kepada orang ramai, tetapi saya meragui ciri-ciri ini sahaja dapat memulihkan kembali sebuah organasasi yang tidak berfungsi lagi.
NTK mungkin mempunyai cawangan di Malaysia, tetapi sokongan terhadapnya adalah sempit.
NTK tidak mempunyai asas di Malaysia dan tidak boleh menjadi wakil politik orang Tamil di sini.
Sokongan nostalgia untuk filem mengenai perjuangan pembebasan kebangsaan Tamil tidak boleh diterjemahkan secara automatik kepada kebangkitan semula LTTE.
P Ramasamy adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.