Presiden Korea Selatan mohon maaf skandal rasuah menteri kehakiman

Presiden Korea Selatan, Moon Jae (Gambar AFP)

SEOUL: Presiden Moon Jae mengemukakan permohonan maaf susulan konflik yang timbul berpunca daripada pelantikan Cho Kuk sebagai menteri kehakiman yang baru, lapor agensi berita Yonhap.

“Saya kesal kerana keputusan saya itu telah menyebabkan timbul banyak konflik,” katanya pada mesyuarat mingguan bersama pegawai kanan di Pejabat Biru.

Moon berkata beliau mengharapkan Cho dan Ketua Pendakwa Yoon Seok Youl boleh bekerjasama membantunya melakukan perubahahan.

“Harapan hanya tinggal harapan,” kata Moon.

Moon kemudian menerima permohonan peletakan jawatan Cho.

Seorang pegawai Rumah Biru berkata Cho menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan pada Ahad, selepas menghadiri mesyuarat tiga hala dengan pegawai tertinggi dari pejabat presiden dan Parti Demokratik.