Uefa denda Man City, Liverpool gara-gara salah laku penyokong
Penyokong City dan Liverpool menimbulkan kekacauan di stadium ketika perlawanan Liga Juara-Juara baru-baru ini.
LONDON: Manchester City dan Liverpool masing-masing didenda badan bola sepak Eropah, Uefa susulan insiden kekacauan di stadium ketika perlawanan Liga Juara-Juara bulan ini.
Jawatankuasa Kawalan, Etika dan Lembaga Disiplin Uefa mendakwa dua kelab itu minggu lalu dan mengumumkan hukuman selepas perbincangan semalam.
City didenda €15,750 (RM67,600) atas tindakan penyokong mereka membaling objek ketika pasukan itu menang 2-0 ke atas Dinamo Zagreb pada 1 Okt.
Dinamo turut didenda €20,000 (RM92,040) atas kesalahan sama dan melakukan kerosakan di Stadium Etihad.
Dalam pada itu, Liverpool pula didenda €10,000 (RM44,720) gara-gara gagal mengawal penyokong yang menyerbu masuk ke dalam padang ketika perlawanan menentang Salzburg di Anfield pada 2 Okt. Liverpool menang menang 4-3.
Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong remaja mereka memanjat pagar dan meluru ke arah Andy Robertson untuk mendapatkan jersinya manakala penyokong lain menceroboh padang ketika pertengahan babak kedua.
Salzburg juga didenda €3,250 (RM14,560) kerana kesalahan membaling objek.
Ajax dalam pada itu diperintah membayar denda €68,000 (RM305,760) angkara kerosakan dan kekacauan penonton ketika kunjungan ke Mestalla, sekali gus menyaksikan penyokong mereka diharamkan membeli tiket bagi aksi menentang Chelsea 11 Nov.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Mereka juga perlu berunding dengan Valencia dalam tempoh 30 hari untuk membincangkan jumlah pampasan kerosakan.