J&J tarik bedak talkum bayi dibeli online, dicemari asbestos

Produk keluaran Johnson & Johnson yang didakwa tercemar. (Gambar Bloomberg)

NEW YORK: Johnson & Johnson menarik balik bedak talkum bayi keluarannya susulan penemuan bahan asbestos dalam sampel dari satu botol yang dibeli atas talian.

J&J secara sukarela menarik balik produk yang nombor sirinya #22318RB, terdiri daripada 33,000 botol, dan menasihatkan orang yang telah membeli produk itu berhenti menggunakannya.

Syarikat itu berkata ia kini bekerjasama dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat, yang menguji botol, dan telah memulakan siasatan bagi mengetahui bagaimana dan bila produk tersebut tercemar.

Jurucakap FDA Gloria Sanchez-Contreras berkata botol yang mengandungi serat krimotil, jenis asbestos.

FDA menasihatkan pengguna berhenti menggunakannya dengan segera dan menghubungi J&J untuk bayaran balik.

Satu lagi ujian ke atas “Baby Powder” yang diuji FDA adalah negatif untuk asbestos, kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Saham J&J turun 6.2% kepada AS$127.70 semasa bursa New York ditutup, kejatuhan terbesar sejak Dis 2018. Stok berada dalam tekanan kerana para pelabur cuba menentukan liabiliti berpotensi syarikat dalam satu siri tindakan undang-undang yang berkaitan dengan produk itu dan produk-produk lain.

“Beribu-ribu ujian sepanjang 40 tahun lalu berulang kali mengesahkan produk kami tidak mengandungi asbestos,” kata J&J dalam kenyataan semalam.

J&J sedang mengkaji sama ada pencemaran silang sampel itu menyebabkan positif palsu, atau sama ada produk tersebut tidak dimeterai dengan baik dan dikekalkan dalam persekitaran terkawal sewajarnya, dan sama ada produk itu adalah tiruan.

Sanchez-Contreras berkata FDA “berpegang kepada kualiti ujian dan keputusannya dan tidak menyedari sebarang kejadian kesan buruk yang berkaitan dengan pendedahan kepada banyak produk yang terjejas.”

FDA telah menguji kira-kira 50 produk kosmetik untuk asbestos sejak 2018 dan merancang untuk mengeluarkan keputusan penuh menjelang akhir tahun ini, kata agensi itu.