Pelumba negara raih perak di Kejohanan Berbasikal Trek Asia
Muhammad Fadhil Mohd Zonis hanya ketinggalkan 0.176s dibelakang pemenang pingat emas, Andrey Chugay dari Kazakhstan.
KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis meraih pingat perak acara 1km ujian masa individu lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 di Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon, Korea Selatan, hari ini.
Muhammad Fadhil mencatat masa 1 minit 1.815 saat (s) di belakang pemenang pingat emas dari Kazakstan, Andrey Chugay yang mendahului hanya dengan perbezaaan 0.176s, manakala pingat gangsa menjadi milik Qu Liu dari China dengan catatan 1:01.914s, menurut laman sesawang atresults.wixsite.com/attiming/atc20
Sementara itu, nasib berbeza menimpa seorang lagi pelumba pelapis negara, Ahmad Safwan Ahmad Nazeri yang terlepas pingat gangsa acara 1km ujian masa individu lelaki junior apabila menduduki tempat keempat dengan masa 1:04.096s.
Pelumba tuan rumah, Woorim Choi mengungguli acara berkenaan dengan catatan 1:02.120s diikuti Ronaldo Laitonjam dari India (1:03.134s) dan pelumba Jepun Ryuto Ichida (1:03.253).
Pelumba wanita berpengalaman negara, Fatehah Mustapa pula gagal mara ke separuh akhir acara pecut apabila ketinggalan 0.264s di belakang pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze (11.450s).
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Hanya pemenang daripada empat saringan acara itu layak ke separuh akhir.