PPBM sambut baik DAP rujuk Ronnie ke jawatankuasa disiplin
PPBM menyeru seluruh kepimpinan dan ahli PH tekankan soal tata etika, disiplin dan saling hormat-menghormati.
PETALING JAYA: PPBM sambut baik langkah DAP merujuk ahli jawatankuasa tertinggi pusat parti itu ke jawatankuasa disiplin, susulan kenyataan mengatakan Pakatan Harapan tidak perlukan PPBM.
Ia juga kesal dengan kenyataan Ronnie Liu memperlekehkan kepimpinan Dr Mahathir Mohamad dalam PH.
“PPBM menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti-parti gabungan PH agar menekankan soal tata etika, disiplin dan saling hormat-menghormati bagi menjaga keharmonian PH,” kata Ketua Penerangan Radzi Jidin.
Perkembangan ini menyahut kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook bahawa tindakan Liu itu satu tindakan “sabotaj” yang serius untuk menjejaskan kestabilan dan memecahkan perpaduan dalam kerajaan PH.
“Kenyataan Liu adalah kenyataan peribadi yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu tidak mewakili pendirian DAP. Tiada sesiapa pemimpin dalam PH termasuk DAP boleh mempersoalkan PH,” katanya dalam kenyataan.
Liu dilapor berkata DAP, PKR, Amanah, Warisan dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan tanpa PPBM, sekiranya gabungan itu berpecah kerana tindakan Mahathir.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Beliau mendakwa Mahathir mahu meneruskan model Barisan Nasional iaitu sebuah parti berasaskan Melayu menguasai gabungan itu.