Unik… Hotel bentuk bakul piknik bakal dibuka tahun depan

Unik, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat sebuah bangunan dengan reka bentuk bakul piknik tersergam di Ohio, Amerika Syarikat.

Bangunan tujuh tingkat itu bakal di transformasi dan diubah menjadi sebuah hotel mewah dengan dilengkapi 150 bilik.

Ia ternyata berlainan daripada bangunan hotel mewah lain yang biasanya mempunyai reka bentuk moden ataupun ciri-ciri klasik untuk menonjolkan elemen “classy”.

Pemaju projek ini akan mengekalkan reka bentuk asal dan menjangkakan hotel tersebut dibuka pada 2020.

Ia bakal dilengkapi dengan kolam renang, restoran, pusat kecergasan dan auditorium.

Bangunan unik yang terletak di kota Newark ini pada asalnya dimiliki oleh sebuah syarikat pembuat bakul, Longaberger Company.

Berkeluasan 16,722 meter persegi, bangunan ini dibina pada 1997 oleh pengasas syarikat, Dave Longaberger dengan menelan kos kira-kira £24million (RM 129 juta).

Bagaimanapun, syarikat itu berpindah dari bangunan tersebut pada 2016 dan ia ditutup dua tahun kemudian dan kini dimiliki oleh pemaju hartanah Steve Coon dan rakan perniagaannya, Bobby George.

Coon berkata syarikatnya, Coon Restoration & Sealants merancang untuk menjadikannya sebuah hotel pada tahun depan.

“Kami mempertimbangkan semuanya, tetapi nilai terbaik adalah sebuah hotel.

“Ia akan kekal dengan bentuk bakul. Ia akan menjadi bakul selama-lamanya,” katanya.

Sumber: Dailymail.co.uk

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]