Kapten kriket Bangladesh Shakib digantung 2 tahun kerana rasuah

Kapten kriket Bangladesh, Shakib Al Hasan. (Gambar AFP)

DHAKA: Kapten kriket Bangladesh, Shakib Al Hasan dilarang daripada menyertai mana-mana perlawanan selama dua tahun susulan hukuman digantung selama setahun.
Menurut International Cricket Council (ICC) dalam satu kenyataan penggantungan itu diputuskan selepas Shakib didapati bersalah kerana berdepan tiga pertuduhan melanggar Kod Pencegahan Rasuah ICC.

Kesalahan itu termasuk gagal mendedahkan kepada Unit Anti-Rasuah ICC maklumat lengkap mengenai jemputan yang dibuat berkaitan dengan Tri-Seri Bangladesh, Sri Lanka dan Zimbabwe pada Januari 2018 serta Liga Perdana India (IPL) 2018.

Penggantungan terhadap kapten yang berusia 32 tahun itu menjadi satu tamparan hebat kepada Bangladesh di saat sedang melakukan persiapan berdepan dengan India bulan ini untuk dua ujian bersiri dan tiga pertandingan antarabangsa T20.

Shakib sebelum ini telah bermain 56 ujian, 206 ODI dan 76 perlawanan antarabangsa Twenty20 dan disifatkan sebagai pemain terbaik Bangladesh kerana menduduki ranking ketiga tertinggi ICC beberapa kali sejak 2009.

Dia juga menyertai pasukan itu semasa Piala Dunia baru-baru ini di England, di mana secara individu dia berjaya melengkap lebih daripada 600 larian dan 11 wickets.

Bagaimanapun menurut ICC Shakib akan dibenarkan untuk menyertai perlawanan antarabangsa pada 29 Oktober 2020 jika dia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.