Ulama Pakistan tekad teruskan protes hingga Imran Khan letak jawatan PM

Beribu-ribu mengambil bahagian dalam protes antikerajaan mendesak Perdana Menteri Imran Khan meletakkan jawatan. (Gambar AP)

NEW DELHI: Anggota parti pembangkang di Pakistan yang sedang mengadakan protes duduk di Islamabad, menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Imran Khan ekoran kegagalan beliau menangani masalah ekonomi.

Ulama pembangkang, Fazl-ur-Rehman dari Jamiat Ulema-e-Islam-Fazl, memimpin protes, dengan disokong pemimpin Pakistan Muslim League-Nawaz, Shahbaz Sharif dan Pengerusi Parti Rakyat Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari.

Imran enggan meletak jawatan.

“Sejarah kami penuh dengan pergerakan,” kata beliau.

“Kami akan kekal di arena (tempat protes) sehingga kami memaksa kerajaan berundur.”

Protes ini merupakan cabaran serius pertama kepada kerajaan yang memerintah, di tengah-tengah inflasi tinggi dan mencatat rekod kos pinjaman, yang menaikkan kos hidup dan memberi tekanan kepada perniagaan di negara Asia Selatan.

Perkembangan itu disaksikan di tengah kajian semula ekonomi oleh Dana Kewangan Antarabangsa, yang pada awal tahun ini meluluskan pinjaman AS$ 6 bilion untuk membantu Pakistan menghindari krisis keseimbangan pembayaran.

Program IMF dijangka memerlukan Pakistan meningkatkan hasil cukai, dan membolehkan kuasa pasaran mempunyai kawalan lebih besar terhadap rupee, antara langkah-langkah ditentang oleh ahli perniagaan dan beberapa parti politik.

Akram Khan Durrani, ketua pembangkang di dewan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, berkata para penunjuk perasaan boleh mengambil tindakan lanjut, termasuk memaksa penggubal undang-undang mereka meletakkan jawatan dan mengambil tindakan sivil seperti menghalang jalan raya.