WhatsApp bakal tampil kelainan dengan tema ‘Dark Mode’

Apple baru-baru ini telah menawarkan fungsi baru sebagai tujuan pembaharuan kepada iOS 13 untuk beberapa applikasi seperti Google Chrome, Instagram, Facebook, LinkedIn dan Twitter.

Begitu juga dengan Android 10 yang turut menawarkan fungsi yang sama.

Terbaru, WhatsApp pula menawarkan fungsi “dark mode” dengan tema berwarna gelap dan tawaran ini untuk semua iaitu pengguna Android dan iOS! menarik bukan?

Dan fungsi ini juga ditawarkan dengan jaminan tiada sebarang “Spyware” yang boleh menjejaskan privasi anda.

Jika anda melihat dalam applikasi WhatsApp sekarang, fungsi ini masih belum dipaparkan secara rasmi kerana tawaran tersebut sedang diproses.

Bagaimanapun secara ringkasnya, apabila anda memilih mod gelap pada telefon pintar, anda akan melihat WhatsApp berwarna biru atau hijau gelap.

Dengan cara itu, ia turut akan membuatkan bateri telefon pintar anda lebih jimat.

Namun kalau anda ingin mencubanya nanti, anda boleh menggunakannya melalui Program Beta dan anda mengujinya terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan di seluruh dunia.

Anda juga boleh memuat turun beta melalui Google Play Store bagi pengguna Android.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]