Bill Gates: ‘Kesilapan saya’ temu penjenayah seks dan jutawan, Epstein bincang kerja amal
Gates menyangka pertemuannya dengan Effrey Epstein bakal membawa keuntungan kepada syarikatnya Microsoft, namun sebaliknya yang berlaku.
NEW YORK: Pengasas Microsoft dan bilionair, Bill Gates mengakui beliau membuat kesilapan besar apabila bertemu dengan Effrey Epstein, orang kaya dan pernah disabitkan kesalahan seksual mengenai kerja-kerja kedermawanan.
Bercakap pada Persidangan Dealbook New York Times di New York, Gates pada awalnya berpendapat perbincangan dengan Epstein akan membawa hasil dalam menjana pendapatan berbilion ringgit.
Jangkaan tersebut dibuat apabila Epstein mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa jutawan lain iaitu bekas Presiden Bill Clinton dan Presiden Donald Trump, lapor cnbc.
Menjadi lebih malang apabila Gates turut memberikan beberapa manfaat daripada penggabungannya dengan Epstein.
“Ia menjadi kesilapan berganda saya lakukan,” katanya.
Epstein pada Ogos 2019 dilaporkan mati kerana bunuh diri ketika menghadapi pendakwaan berhubung kes pemerdagangan seks gadis bawah umur.
Dia ditemui mati di sebuah pusat tahanan keselamatan tinggi, Pusat Pemulihan Metropolitan, New York.
The New York Times ketika memetik sumber pihak berkuasa berkata, Epstein menggunakan cadar untuk menggantung dirinya.
Sebelum ini juga Gates dilaporkan bertemu dengan Epstein beberapa kali pada 2013 termasuklah ketika kegawatan ekonomi melanda.
“Terdapat beberapa orang di sekeliling Epstein berkata jika anda ingin mengumpul banyak wang dan ingin mendapatkan lebih dari itu, dia (Epstein) tahu, kenal ramai orang kaya,” katanya.
Mengambil pengajaran apa yang berlaku, Gates kini lebih berhati-hati dan berjanji pada diri sendiri agar tidak terlalu dermawan kepada sesiapa sahaja.
Bagaimanapun Gates akui agak susah untuk memastikan wang yang disalurkan itu bersih dan tidak dicemari dengan sebarang aktiviti jenayah.
“Saya rasa bersalah. Kita mungkin pada satu ketika akan menerima seseorang dengan harapan dan ia akan mengubah nasib mereka.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Tetapi apabila anda memberikan komitmen dan mengharapkan dermawan akan membantu, itulah risiko yang anda perlu tanggung dengan membuat kesilapan,” kata Gates.