Ingin jimatkan minyak kereta, isilah pada waktu pagi!

Sama ada anda mempunyai duit yang cukup atau tidak, mengisi petrol kenderaan satu keperluan jika anda ingin pergi ke mana-mana destinasi.

Dan anda mungkin mengeluh kerana terpaksa menghabiskan beratus ringgit setiap bulan hanya untuk mengisi petrol.

Tetapi ia terpaksa dilakukan kerana jika tidak, anda tidak boleh bergerak ke mana-mana melainkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, seperti keretapi, kapal terbang mahupun kereta servis e-hailing iaitu Grab.

Jadi ketahui cara betul untuk anda lakukan setiap kali mengisi minyak:

1. Isi minyak ada waktu pagi atau suhu sejuk

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari kerana ia mempunyai wap yang berlebihan.

Jika anda mengisi minyak pada waktu tengahari, anda akan melihat wap akan keluar daripada tangki anda.

Oleh itu bagi mengelakkan petrol anda ditelan angin hendaklah dijadikan amalan untuk mengisi minyak pada waktu pagi atau waktu sejuk.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Cara ini supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan dapat mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas membazirkan minyak anda.

Kawal picu dengan menarik separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa separuh tangki penuh

Ini kerana semakin banyak minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang dalam udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Periksa tekanan angin tayar kenderaan

Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang pintu kenderaan.

Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali.

5. Kurangkan berat bebanan kenderaan

Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan.

Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan.

Dari segi pemanduan :

1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten

Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j.

Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.

Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%

2. Jangan kerap tekan break

Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat.

Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek)

Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.

3. Pastikan guna gear yang betul

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan.

4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat

Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi.

Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.

5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan

Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]