Wanita sembunyi emas bernilai RM325,000 dalam kasut

Kebiasaannya tempat yang selamat untuk menyimpan wang atau emas adalah di bank.

Ia bertujuan bagi mengelakkan daripada dirompak sekumpulan penjenayah yang tidak bertanggungjawab.

Namun ada sahaja perkara pelik yang netizen kini sanggup lakukan daripada diketahui orang.

Mungkin ia sebagai strategi bagi mengalih pandangan sesetengah orang yang mungkin tidak menyangka wang atau emas disimpan di suatu tempat tersorok.

Seperti yang berlaku di Moscow, seorang wanita berkelakuan pelik ketika berjalan sehingga menyebabkan dirinya ditahan di pos kastam di timur Siberia kerana mencurigakan.

Menurut Dailymail, hasil penahanan itu menemukan hampir dua kilogram emas dalam kasutnya.

“Dia tidak berjalan seperti biasa. Kakinya melangkah seperti memakai kimono,” kata jurucakap pihak berkuasa.

Pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya berjaya menjumpai lapan keping emas seberat kira-kira 1.9kg.

Jongkong emas itu dilekatkan pada tapak kasutnya dan ia dianggarkan bernilai lebih AS$79,000 (RM325,803).

Susulan itu, pihak berkuasa telah membuka kes jenayah dan mendakwa wanita itu cuba menyeludup masuk emas tersebut selepas dia gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan.

Sejak awal tahun lalu, beberapa individu telah ditahan pihak berkuasa Rusia atas kesalahan sama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]