Bukan dalam galeri sahaja, tepi jalan pun boleh hasilkan mural!

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Ia termasuklah membuat lukisan mural di dinding kerana ia boleh menjadi tarikan kepada pengunjung yang hadir.

Seperti di Kota Kinabalu, terdapat lukisan seekor gajah dilihat cuba melarikan diri daripada seseorang.

Dan gajah tersebut panik kerana “rumah” nya sudah dimusnahkan.

Meskipun ia hanyalah sekadar lukisan, tetapi cuba perhatikan dengan mendalam kerana menurut artis graffiti, Kenji Chai ia mempunyai maksud tersirat yang cuba disampaikan.

“Kami ingin menyebarkan kesedaran mengenai haiwan-haiwan yang mulai terancam di Sabah.

“Kami tahu kami tidak boleh mengubah banyak tetapi kami cuba mengubah persepsi orang ramai melalui seni yang kami hasilkan,” katanya kepada FMT selepas memulakan projek mural di situ.

Mural tersebut dikenali sebagai Vanishing Wall, menghiasi dinding-dinding di sepanjang Jalan Tanjung Lipat, berhampiran dengan Jabatan Kastam dan pusat membeli belah Suria Sabah.

Ia berlatar belakangkan bangunan moden di Kota Kinabalu sekaligus menceriakan pandangan sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut.

Selain itu terdapat juga mural lain di Wall Vanishing iaitu “Joker Wall”.

“Joker Wall berdasarkan filem baru-baru ini, dan menampilkan banyak artis kami. Saya rasa ia sesuai dan berkaitan dengan masyarakat sekarang.” katanya lagi.

Begitu juga di Tembok Lenyap Kota Kinabalu yang mempunyai mural Orang Utan.

Ia berhampiran Terminal Pelayaran Antarabangsa dan Chai berharap ia akan menarik perhatian pengunjung luar negara.

“Saya ingin menunjukkan kepada pengunjung luar negara yang melawat Kota Kinabalu mempunyai persepsi yang berbeza dan nilai yang tinggi supaya mereka boleh berkongsi dengan kenalan mereka sebaik sahaja pulang ke negara masing-masing,” ujarnya lagi.

Jelas Chai, seni boleh digambarkan di mana-mana sahaja bergantung kepada kreativiti masing-masing.

“Seni tidak boleh dihadkan ke galeri, ia boleh berada di mana-mana, pada apa sahaja. Dinding awam ini adalah galeri kami.

“Dan kami suka mengubah tempat terbengkalai menjadi sesuatu yang bernilai melalui seni. Sekiranya kita tidak dapat mencari bangunan lain, kita boleh membuatnya di dinding yang ada,” ujarnya.

Bagaimanapun jelas Chai lagi, ada yang berpendapat bahawa seni sebegini tidak mempunyai masa depan dan hanya membuang masa.

“Ada orang yang tidak menyokong seni dengan berpendapat seni ini murah dan tidak mempunyai masa depan.

“Kami berada di sini untuk menunjukkan kepada mereka bahawa kami boleh membuatnya satu hari nanti,” tegasnya.

Chai merupakan seorang artis sepenuh masa, dan kini dia menghabiskan masa menjelajah ke seluruh negara bagi menghasilkan projek seninya.

Sebelum ini Chai telah menjelajah ke China, Kazakhstan, Mongolia dan akan meneruskan jejaknya ke India.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]